• Perkongsian sempena kemerdekaan

    20

    Salam sejahtera.

    Hari kemerdekaan sudah 2 hari berlalu. Kemerdekaan tahun ini agak pudar sambutannya. Mungkin kerana masing-masing berada di dalam mod Bulan Ramadhan dan semakin pula menghampiri Hari Raya Aidilfitri. :mrgreen:

    Walaupun hari kemerdekaan sudah pun berlalu, namun saya ada sesuatu yang ingin dikongsikan bersama. Saya amat-amat terkesan dengan artikel ini yang telah ditulis oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman.

    Video yang disertakan di dalamnya sangat-sangat menyentuh hati terutama sekali ketika mana seorang wanita diajukan soalan cepu emas.

    Mendengar jawapan daripada wanita itu, tanpa disangka air mata menitis di pipi. Menitis bukan kerana perempuan itu, tetapi kerana jawapan daripadanya. Betul-betul menyentuh perasaan. :cry:

    Ya Allah.. Benarkah apa yang ku rasai ini. :?

    Ayuh sama-sama kita menghayati artikel ini. :neutral:

    Bagaimanakah pula perasaan anda?

    Share/Save/Bookmark

  • Merdeka 53

    32

    Salam sejahtera. (artikel ini agak panjang) :-)

    Terus kepada matlamat utama (hehe): selamat menyambut hari kemerdekaan Negara yang ke-53.

    Sedikit kisah berkenaan zaman sekolah menengah saya dahulu ketika menyambut malam kemerdekaan:

    Saya tinggal di asrama. Kebetulan tahun itu (dah tak ingat), malam kemerdekaan jatuh pada malam cuti. Yahoo! :eek: . Dalam kepala, memang dah macam-macam perkara nak dibuat pada malam tu.

    Pada tahun itu, saya dan seorang rakan merancang untuk ‘lari’ keluar asrama dan pergi ke bandar bagi menyambut kemerdekaan ini. Zaman remaja, memang tahu nak berseronok ja. Tak fikir apa-apa langsung. :mad:

    Apabila keadaan persekitaran di asrama mengizinkan (line clear), apa lagi, kami terus laksanakan misi kami ini. Kami berjaya melepasi segala halangan dan tiba di bandar tersebut. Kami tiba awal, jadi kami berjalan-jalan terlebih dahulu.

    Bila jam 12 tengah malam semakin hampir, kami berhimpun di dataran bersama lautan manusia yang lain bagi menyambut kemerdekaan.

    Kiraan saat pun bermula: 10, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1….dan: Merdeka!. Kemudian disusuli pula dengan tembakan bunga api. Memang terasa sakit pada leher kerana terlalu lama melihat tembakan bunga api di langit atas.

    Selepas itu, ada aksi apa entah namanya: flying fox oleh mereka yang terlatih sambil mengibarkan jalur gemilang.

    Setelah itu, diadakan pula konsert nyanyian oleh artis-artis jemputan. Tanpa disangka, ketika konsert sedang berlangsung, hujan pun turun dengan lebatnya. Habis basah kuyup. :lol:

    Pada malam itu, kami ‘bermalam’ di bandar itu dan tidak pulang ke asrama. Kami pulang ke asrama keesokannya dengan penuh berhati-hati. Takut-takut kantoi. :mrgreen:

    Begitulah serba ringkas kisah saya dahulu. Suatu kisah yang boleh dijadikan pengajaran tetapi tidak boleh dijadikan ikutan oleh generasi-generasi remaja sekarang. Suatu tingkah laku yang tidak akan saya ulanginya kembali.

    Warning: Do not try to repeat the bad behaviour! :!:

    Banyak lagi cara boleh dilakukan bagi menyambut kemerdekaan ini. Benar kan? ;-)

    Tidak perlulah kepada konsert dan sebagaiya. Cukuplah dengan cara yang diredhai olehNYA. Sesungguhnya segala nikmat kemerdekaan yang dikecapi kini adalah daripadaNYA. Bersyukur. Alhamdulillah. :roll:

    Akhir kata, saya ingin mengucapkan: selamat menyambut hari kemerdekaan Negara yang ke-53.

    Sejauh manakah merdekanya kita?

    Share/Save/Bookmark

  • Pelik tetapi benar

    22

    Hari ini, seminar kecemerlangan STAM yang telah berlangsung selama 4 hari pun tamat. Alamak! Tak teringat nak tulis artikel tentang bermulanya seminar ini. :shock:

    Khamis ini, para pelajar akan mula bercuti selama hampir 2 minggu. Mereka bercuti, saya pun juga. Peluang keemasan. :mrgreen:

    Sedang berjalan-jalan pulang dengan 2 orang pelajar…

    Saya: Macam mana seminar tadi, faham tak?

    Pelajar: Hmm..faham ustaz, tapi kena balik ulangkaji lagi.

    Saya: Ok lah tu.

    Pelajar: Ustaz, kalau boleh dalam hari cuti ni, nak minta ustaz buat kelas tambahan sikit. (Kenyataan yang berbentuk soalan & permintaan) ;-)

    Saya: Aik! Kamu tak balik rumah ka cuti ni?

    Pelajar: Balik ustaz, tapi lambat sikit.

    Saya: Rumah kat mana?

    Pelajar: Selangor. (Perbualan ini berlaku di Kedah)

    Saya: Ooo… (tanpa jawapan ya atau tidak) :neutral:

    —tamat—

    Pelik tetapi benar

    Tiba di rumah, saya asyik terfikirkan perbualan itu. Mana tidaknya, bukan senang untuk  berjumpa pelajar yang bersemangat sebegitu. Kalau sayalah, sebut sahaja tentang cuti, awal-awal lagi dah nampak rumah. Belum pun pulang lagi. Mereka-mereka yang pernah tinggal di asrama, setuju takHehe. :cool:

    Pelajar ini pula sebaliknya. Pelik tetapi benar. Saya benar-benar rasa bersalah jika tidak memenuhi permintaannya. Ahhh…tidak!

    Walau bagaimanapun, saya mesti tunaikan permintaannya. Saya MESTI. Namun oleh kerana beberapa sebab, kelas tambahan ini bukanlah pada hari cuti, tetapi pada hari dan waktu yang lain.

    Kelas itu nanti bukan untuk dia sahaja, bahkan untuk mereka-mereka yang lain juga. Alang-alang nak buat, lebih baik jemput ramai-ramai. Kan senang gitu. :roll:

    Saya juga mahu bercuti. :D

    Terima kasih kerana menghabiskan bacaan anda berkenaan celoteh saya kali ini. Sebenarnya saya tak tahu nak letak tajuk apa yang sesuai untuk artikel ini. Pelik tetapi benar. Ampun dan maaf ya. :oops:

    Pandangan anda?

    Share/Save/Bookmark

Page 1 of 712345»...Last »