≡ Menu

10 Asas Kewangan Islam oleh Haji Razli Ramli

  1. Sistem kewangan Islam terdiri daripada perbankan, takaful, pasaran modal Islam dan pengurusan harta.
  2.  Yang membezakan sistem kewangan Islam daripada sistem kewangan sedia ada ialah sistem kewangan Islam WAJIB menepati kehendak Syariah, manakala sistem kewangan yang satu lagi tidak wajib menepati kehendak Syariah.
  3. Syariah itu ialah undang-undang Islam.
  4. Undang-undang Islam bersumber kepada Al Quran dan Sunnah.
  5. Oleh itu sistem kewangan Islam bersumberkan kepada Al Quran dan Sunnah.
  6. Sistem kewangan Islam adalah subset kepada sistem ekonomi Islam.
  7. Objektif sistem ekonomi Islam adalah mencapai maqasid Syariah yang lima.
  8. Penjagaan agama. Penjagaan nyawa. Penjagaan keturunan. Penjagaan harta. Penjagaan akal.
  9. Ekonomi Islam subset kepada muamalat, yakni, aktiviti-aktiviti antara manusia.
  10. Muamalat (bersama akidah) adalah subset kepada Islam, agama Allah yang shumul.

Gambar: taxlinked.net

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment