2 Ciri ‘Perniagaan’ yang Menguntungkan

2 Ciri ‘Perniagaan’ yang MenguntungkanTahukah kita bahawa ada satu perniagaan yang menguntungkan.

Perniagaan yang mampu menjana keuntungan untuk tempoh selama-lamanya. Hampir tidak diketahui perniagaan yang menguntungkan lebih daripada perniagaan ini.

Kenapa?

Kerana perniagaan ini mampu menyelamatkan seseorang daripada azab seksa yang pedih di hari kiamat. Akal manusia tidak mampu menggambarkan bagaimanakah rasanya.

Bayangkan jika hidup di dunia tanpa tua, sakit dan miskin. Hanya muda, sihat dan kaya. Oh beruntungnya!

Apakah perniagaan itu?

Jawapannya terkandung dalam al-Quran, surah al-Saf, ayat 10-11. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

Maksud ayat:

“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?”

“Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”

Baik, mari selidik ayat.

2 CIRI ‘PERNIAGAAN’ YANG MENGUNTUNGKAN

Perniagaan yang menguntungkan ialah yang memenuhi 2 ciri berikut iaitu:

  1. PERCAYA kepada Allah dan Rasul
  2. BERJUANG membela dan menegakkan agama Islam dengan harta dan diri

Ciri Pertama: Percaya kepada Allah dan Rasul

2 Ciri ‘Perniagaan’ yang Menguntungkan

Bagaimana hendak mempercayai Allah dalam urusan perniagaan?

Mudah sahaja.

Caranya adalah dengan mempercayai bahawa Allah ialah al-Razzaq (yang maha memberi rezeki).

Bukan kepada pemerintah, pihak berkuasa tempatan, wakil rakyat, orang dalam, kroni dan pelbagai istilah lagi.

Tidak dinafikan, usaha itu perlu. Namun biarlah ia dilakukan dengan penuh etika, demi kebaikan jangka masa panjang.

Percaya kepada al-Razzaq; sumber modal yang tidak akan kering.

Percaya kepada Allah tidak sempurna tanpa kepercayaan kepada Rasul. Sesiapa yang taat kepada Rasul, dia kepada taat Allah.

Begitulah jika sebaliknya.

Bagaimana pula hendak mempercayai Rasulullah (ﷺ) dalam urusan perniagaan?

Jawapannya pun mudah.

Rasulullah (ﷺ) diberi gelaran al-Amin ( yang boleh dipercayai).

Di usia muda, Baginda menceburkan diri dalam perniagaan. Baginda berniaga dengan jujur dan amanah. Baginda tidak menipu, jauh sekali mengaut keuntungan dengan cara yang tidak beretika. Satu strategi pemasaran yang hebat. Hasilnya, Baginda mendapat gelaran seorang yang boleh dipercayai.

Al-Amin; modal niaga yang tidak memerlukan modal.

Ciri Kedua: Berjuang Membela dan Menegakkan Agama Islam dengan Harta dan Diri

2 Ciri ‘Perniagaan’ yang MenguntungkanBerjuang ialah berusaha bersungguh-sungguh melawan nafsu atau musuh. Kedua-duanya memerlukan pengorbanan. Tanpa pengorbanan, tiada kejayaan.

Perhatikan, ayat al-Quran menyebut berjuang dengan harta dahulu, kemudian diri.

Berjuang dengan harta boleh dilakukan dengan cara berinfak di jalan Allah. Sebagai contoh, menyumbang bantuan kewangan kepada saudara mara seagama yang memerlukan dan membina pusat pengajian Islam

Bagi yang tidak mampu memberi bantuan dari sudut kewangan, boleh menyumbang dari sudut tenaga. Sebagai contoh, orang yang petah bercakap, boleh menyampaikan dakwah Islam melalui ucapan.

Bagi yang mahir menulis, boleh memanfaatkan bakat tersebut melalui tulisan-tulisan yang mengajak orang ramai kepada nilai-nilai murni agama Islam.

Bagi yang tidak petah bercakap atau tidak mahir menulis, boleh menghulurkan sumbangan melalui cara yang sesuai, walaupun dengan hanya memberi sokongan moral. Ada ganjarannya, insya-Allah.

Akhir sekali, maksud perniagaan dalam konteks ayat al-Quran di atas ialah amal soleh.

Ringkasnya, orang yang percaya kepada Allah dan Rasul serta berjuang membela dan menegakkan agama Islam dengan harta dan diri ialah ‘ahli perniagaan’ yang beruntung.

Modalnya hanya PERCAYA dan BERJUANG.

Sumber gambar: isnetworks.com, seanheritage.com & 4.bp.blogspot.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *