≡ Menu

3 Peluang Pelaburan Terbaik – Dr. Zaharuddin Abd Rahman

‏‎AlNaqiy Islamic Solutions Sdn Bhd‎‏ Pada 8 April 2013 yang lalu, Syeikh Navaid Aziz datang ke Al Naqiy Islamic Solutions Sdn Bhd.

Beliau datang bersama dengan encik Amar Razali, pembantu dan teman seperjalanan beliau.

Mereka datang kerana dua tujuan:

  1. bertemu Dr. Zaharuddin Abdul Rahman
  2. meminta khidmat nasihat mengenai peluang pelaburan

Siapa Syeikh Navaid Aziz?

Sedikit maklumat mengenai Syeikh Navaid Aziz:

“Shaykh Navaid Aziz has been described as being a gem in and of himself. Shaykh Navaid has a way of making each student feel special, as though he is talking to them one-on-one. Students have described his demeanour and manner of speaking to exude sincerity and care.”

“Hailing from Montreal, Quebec Sh Navaid is a man of many cultures and flavours. He completed an Associate’s degree in Commerce and Social Sciences before heading to the illustrious Islamic University of Madinah. Sh. Navaid went on to complete a diploma in the Arabic language as well as a Bachelors in Shari’ah (Islamic Law), with a specialization in Fiqh and Usul Al-Fiqh.”

“Upon returning to North America Sh. Navaid joined the speakers circuit and has travelled the world lecturing and teaching. He serves the Muslim community as a family and youth counselor. As a strong advocator for a bright Muslim future he is the Islamic editor for Recess Kids magazine in North America and Little Explorers magazine in the United Kingdom.” – Sumber.

Syeikh Navaid Aziz

Dari kiri: Amar Razali, Dr. Zaharuddin Abdul Rahman dan Syeikh Navaid Aziz

3 Peluang Pelaburan Terbaik

Antara tujuan kedatangan Syeikh Navaid Aziz adalah untuk mendapatkan khidmat nasihat mengenai peluang pelaburan di Malaysia.

Dr. Zaharuddin Abdul Rahman menggariskan beberapa cadangan yang boleh dipertimbangkan iaitu:

  1. Sabana REIT
  2. Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)
  3. Sekuriti (Bursa / Sukuk)
  4. EMAS melalui Al Rajhi Bank atau Kuwait Finance House (nota: Dr. Zaharuddin tidak mengesyorkan membeli dinar)
  5. KPJ REIT

Daripada lima senarai di atas, Syeikh Navaid Aziz meminta Dr. Zaharuddin menyenaraikan 3 pelaburan terbaik. Lantas Dr. Zaharuddin mengehadkan seperti berikut:

  1. Sabana REIT
  2. EMAS (GOLD)
  3. Sekuriti (Bursa)

Seminar Emas, Anda & Islam

Seminar Emas, Anda & Islam

Daripada senarai-senarai peluang pelaburan di atas, emas menarik perhatian.

Banyak orang memperkatakan mengenai emas. Antara kata-kata yang sering didengari:

  • “harga emas sentiasa naik, tidak akan jatuh.”
  • “pelaburan emas pelaburan terbaik.”
  • “beli emas tidak rugi, boleh jual semula.”

Namun, benarkah harga emas tidak akan jatuh? Benarkah pelaburan emas pelaburan terbaik? Bagaimana hendak jual semula emas yang sudah dibeli?

Atas dasar ini, Al Naqiy mengambil inisiatif menganjur Seminar Emas, Anda & Islam bagi menjawab kesemua persoalan di atas.

Seminar ini juga akan berkongsi rahsia bagaimana menyimpan, melabur dan berniaga emas secara patuh syariah.

Penyampai Seminar Emas, Anda & Islam

Selain membariskan dua penyampai hebat iaitu Dr. Zaharuddin Abdul Rahman dan Dr. Aznan Hasan, seminar ini akan turut menampilkan Datuk Hairulazwan Taman, CEO Hana Gold.

Gabungan antara teori dan praktikal. InsyaAllah, bermanfaat.

Mari jenguk Seminar Emas, Anda & Islam, dengar kata PROMOSI sesuatu!!!

{ 4 comments… add one }
  • Mohd Helmi Mahat December 18, 2013, 11:58 am

    Salam, saya ingin bertanya cadangan bagi pelaburan yang disebut oleh Ust Dr Zaharuddin untuk item No 2 adalah ASB atau AHB? Jika ASB sepatutnye ialah Amanah Hartanah Bumiputra. Mungkin ade kesilapan ejaan disitu. Maaf jika sebaliknya. Juga ingin meminta pendapat berkenaan pelaburan AHB mengikut pandangan Ust Zaharrudin / Al-Naqiy sendiri. Jazakallah khair.

    • Hadi Rofiee December 22, 2013, 6:14 pm

      Wa’alaikumussalam.

      Ya, ada kesilapan ejaan di situ. Terima kasih atas teguran. Saya sudah membetulkannya.

      Mengenai AHB itu, Ustaz Zaharuddin hanya memberikan cadangan sahaja. Beliau tidak memberikan maklumat secara terperinci. Mungkin tuan dapat berhubung terus dengan pihak AHB.

  • rafidah aziz February 16, 2017, 4:56 pm

    Assalamualaikum,
    saya berminat untuk membuat pelaburan emas (penyimpanan emas).
    mohon pencerahan bagaimana ingin melabur emas yang sedia ada (simpanan sendiri)?

    • Hadi Rofiee August 22, 2017, 10:06 pm

      Wa’alaikumussalam.
      Mungkin boleh jual kepada saudara-mara, tempat membeli dahulu atau ar-rahnu.
      Wallahua’lam.

Leave a Comment