≡ Menu

8 Ketetapan untuk Peniaga Online

PUTRAJAYA, 14 Ogos 2017 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam satu kenyataan menerusi akhbar NST pada 3 Ogos 2017 memberi amaran kepada peniaga dalam talian dan mana-mana web perniagaan supaya memaparkan harga barangan yang dijual dan maklumat produk dengan jelas seperti apa yang pengguna ingin tahu, lapor NST.

Pengarah Bahagian Penguatkuasa KPDNKK, Dato’ Mohd Roslan Mahayudin berkata, tindakan ini adalah bagi melindungi hak pengguna selain undang-undang sedia ada memaksa untuk peniaga meletakkan harga dan maklumat barangan sebelum transaksi dilakukan. Penguatkuasa KPDNKK akan memburu mereka yang mengiklankan produk dalam talian yang tidak meletakkan tanda harga barang dijual samada sengaja atau tidak.

Penggunaan frasa “PM saya, sis”, “Done PM” adalah antara kata kunci yang membuatkan penguatkuasa dapat mengesan kepada peniaga gagal memaparkan tanda harga. Peniaga dalam talian kini akan diperhatikan sama seperti yang dilakukan kepada peniaga konvensional yang lain dan hukuman akan dikenakan jika didapati melakukan kesalahan.

Peniaga perlu mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999 memaparkan maklumat seperti berikut:

a.  Harga perlu dibayar
b.  Nama penjual atau syarikat
c.  Nombor Pendaftaran Perniagaan
d.  Maklumat untuk dihubungi seperti nombor telefon atau alamat atau emel
e.  Keterangan produk
f.  Kaedah pembayaran
g.  Terma dan syarat
h.  Anggaran masa penghantaran

Sumber berita: Portal Rasmi KPDNKK

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment