≡ Menu

4 Etika Berjual Beli

1. Bertolak ansur dalam urusan jual beli

Rasulullah bersabda: “Allah mengasihi seseorang lelaki yang bertolak ansur ketika menjual, ketika membeli dan ketika menuntut iaitu menuntut hutangnya.” (Riwayat al-Bukhari)

2. Jujur ketika berurusan

“Suatu ketika dia (Rifa’ah RA) keluar bersama Nabi ke tempat sembahyang lalu Baginda ternampak orang ramai sedang berjual beli. Baginda bersabda: Wahai para peniaga! Mereka menyahut panggilan Nabi itu sambil menjenguk ke arah Baginda. Nabi bersabda: Pada hari kiamat kelak para peniaga akan dibangkitkan sebagai orang-orang yang jahat kecuali orang yang takutkan Allah, berbuat baik dan jujur.” (Riwayat al-Tirmizi)

Dalam hadis yang lain, Rasulullah bersabda: “Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama-sama dengan para Nabi, siddiqin dan para syahid.” (Riwayat al-Tirmizi)

3. Tidak bersumpah walaupun benar

Rasulullah bersabda: “Sumpah akan melariskan barangan, tetapi menghapuskan keberkatan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

4. Catatan dan saksi – digalakkan khususnya jika jual beli dilakukan dengan cara bertangguh.

Allah berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu, maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu.” (Surah al-Baqarah: 282)

Wallahua’lam.

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment