Adakah Sama Jual Beli dan Riba?

Adakah Sama Jual Beli dan Riba?Soalan celik kewangan Islam:

Adakah sama jual beli dan riba?

Menjawab soalan ini, mari bersama membaca maksud ayat al-Quran berikut:

“Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba”. Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa Yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.” (al-Baqarah, 275)

Jelas jawapan yang terkandung dalam ayat di atas ialah jual beli dan riba tidak sama. Bahkan kedua-duanya berbeza sama sekali.

Adakah Sama Jual Beli dan Riba?

Beza Antara Jual Beli dan Riba

Contoh mudah di bawah bakal memberi gambaran yang lebih jelas perbezaan antara jual beli dan riba.

#1 Contoh Jual Beli

Dengan modal RM100, A membeli satu barang keperluan. Kemudian dia menjualnya kepada pelanggan dengan harga RM110.

A mendapat untung RM10.

#2 Contoh Riba

Dengan modal yang sama iaitu RM100. B memberi pinjam kepada seseorang dengan kadar faedah 10%. Apabila sampai tempoh tamat, orang itu perlu membayar hutang sebanyak RM110.

B mendapat untung RM10.

Keterangan:

A dan B masing-masing mempunyai modal sebanyak RM100. Daripada jumlah itu, mereka menjana keuntungan sebanyak RM10. Bezanya A menjana keuntungan melalui jalan jual beli, sementara B pula melalui pinjaman + faedah (riba).

Nampak sama, tetapi tidak serupa.

“…mereka mengatakan: “bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba”. Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba…” – (al-Baqarah, 275)

Mudah-mudahan Allah Subhanahu wa Ta’ala memelihara kita semua. Amin.

Gambar: residentadvisor.net dan earnonlinepk.com.

1 comment… add one

Leave a Comment