Pengurusan Kehidupan Berteraskan Surah al-Kahfi

by Hadi Rofiee

Alhamdulillah, proses pemindahan hosting dan domain dari syarikat lama ke syarikat baru berjaya. Proses tersebut mengambil masa selama 7 hari. Sepanjang tempoh itu, blog ini ‘cuti’ daripada sebarang aktiviti kecuali memantau sahaja.

Pengajaran yang diperolehi adalah: pemilihan syarikat penyedia hosting dan domain perlu dilakukan dengan teliti dan berhati-hati sejak dari awal lagi. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Selain itu, jika sudah 3-4 kali mengalami masalah yang serupa seperti server yang selalu down, maka tindakan untuk berhijrah mungkin perlu difikirkan. Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali.

kredit

Seminar Pengurusan Kehidupan Berteraskan Surah al-Kahfi

Pada 21 dan 22 Januari yang lalu, saya telah berkesempatan mengikuti Seminar Pengurusan Kehidupan Berteraskan Surah al-Kahfi yang diadakan di Universiti Putra Malaysia (UPM). Seminar tersebut dianjurkan oleh Akademi Sinergi dan disampaikan oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.

Seminar ini masih berbaki 2 hari lagi iaitu pada 28 dan 29 Januari. Didoakan semoga dipermudahkan segala urusan untuk menghadirinya.

Pengisian selama 4 hari secara intensif adalah bagi membincangkan 4 tema utama daripada 4 kisah yang terdapat dalam surah al-Kahfi. 4 tema itu adalah:

  1. Pengurusan akidah (kisah ashabul kahfi)
  2. Pengurusan harta (kisah pemilik 2 kebun dan sahabatnya yang beriman)
  3. Pengurusan ilmu (kisah Nabi Musa dan hamba soleh iaitu Khidhir)
  4. Pengurusan kuasa (kisah Zulqarnain)

Secara tradisinya, seminar ini adalah seperti pengajian tafsir al-Quran. Namun ia dijelmakan dalam bentuk yang lebih menarik iaitu seminar. Suatu pendekatan yang saya suka. :-)

Seminar Pengurusan Kehidupan Berteraskan Surah al-Kahfi

Pengajaran

Antara sedikit dapatan yang diperolehi daripada seminar ini adalah:

  1. Ashabul kahfi merupakan segolongan anak muda yang tetap dengan keimanan mereka walaupun dicengkam oleh keadaan sekeliling yang gelap. Kata kunci di sini adalah: “anak muda”.
  2. Ketika kebuntuan harapan, ashabul kahfi pergi ke gua dan memohon rahmat daripada Allah. Allah melimpahkan rahmat kepada mereka dengan menidurkan mereka selama 309 tahun. Kepada Allah jua segala harapan.
  3. Anjing juga adalah tentera Allah. Oleh kerana anjing turut sama mengikuti ashabul kahfi ke gua, maka ia turut dilimpahi rahmat Allah. Peristiwa ini menunjukkan tentang kebaikan berdampingan dengan orang soleh.

Demikian sahaja beberapa pengajaran yang diperolehi. Didoakan semoga mendapat kebaikan bersama. :-)

{ 12 comments… read them below or add one }

anif January 27, 2012 at 5:04 pm

Tiba-tiba Saya teringatkan Qitmir.. Anjing yang diberkati & dijamin Syurga oleh Allah :D
anif berkongsi tentang..Harga Sony Tabet S Diumumkan

Reply

Hadi Rofiee January 27, 2012 at 5:30 pm

Anjing yang berdampingan dengan orang soleh. :-)

Reply

ahmadyani January 27, 2012 at 6:51 pm

Sebelum ini saya juga hairan kenapa blog ini selalu down, rupanya server tidak bagus. Elok benar kalau berpindah.

al Quran ini sememangnya panduan hidup. Hanya orang arif sahaja pandai ‘mengabungkannya’ dengan kehidupan seharian. Mereka yang tidak arif perlu belajar dari yang arif dan seminar ini salah satunya.
ahmadyani berkongsi tentang..Ayah Telah Pergi Mengadap ALLAH

Reply

Hadi Rofiee January 27, 2012 at 9:24 pm

Terima kasih tuan kerana perhatian dan perkongsian tambahan yang diberikan. :-)

Reply

akubiomed January 27, 2012 at 10:14 pm

Selamat kembali. Bagus manfaatkan masa dengan pengisian rohani.
akubiomed berkongsi tentang..Seksa meninggalkan solat

Reply

Hadi Rofiee January 27, 2012 at 10:19 pm

Terima kasih tuan. :-)

Reply

titan January 29, 2012 at 11:12 pm

aku suka lagu ashabul kahfi yang raihan nyanyi tu..
titan berkongsi tentang..Lelaki kacak bila senyum-senyum..

Reply

Hadi Rofiee January 30, 2012 at 7:34 am

Ia dijadikan lagu tema untuk seminar ini. :-)

Reply

Faris Al-Muhandisu January 31, 2012 at 1:16 pm

Pakai server apa ya sekarang? berhajat juga nak tukar nih….
Faris Al-Muhandisu berkongsi tentang..Sembang Politik Anak Muda

Reply

Hadi Rofiee January 31, 2012 at 10:14 pm

Sekarang saya guna ServerFreak. Alhamdulillah. :-)
Hadi Rofiee berkongsi tentang..Pengurusan Kehidupan Berteraskan Surah al-Kahfi

Reply

muhammad fakhruddin February 13, 2012 at 6:16 pm

Subhanallah, ingin sekali mengikuti bengkel-bengkel sebegini.

Terpaksa menunggu cuti musim panas :(
muhammad fakhruddin berkongsi tentang..Espresso Book Machine

Reply

Hadi Rofiee February 13, 2012 at 9:10 pm

Berdoa semoga dapat berjumpa dengan tuan. :-)

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: