Apa Kata Syarak Mengenai Hak Cipta?

Apa Kata Syarak Mengenai Hak Cipta?Soalan:

Adakah hak cipta, hak paten dan pelbagai lagi jenis hak dipanggil sebagai harta intelek yang dibenarkan dalam Islam?

Adakah boleh berurus niaga dengan jenis-jenis hak ini?

Jawapan:

Keputusan daripada ‘International Islamic Fiqh Academy’, dalam persidangan kelima, di Kuwait, 10-15 Disember 1988.

Resolusi no. 43 (5/5):

“Cap dagangan, hak penulisan, hak paten dan hak cipta merupakan milik tuannya. Dari segi adat, kesemua hak itu telah menjadi satu bentuk harta yang diiktiraf, mempunyai nilai dan boleh diniagakan. Kesemua hak ini juga sah di sisi Syarak. Justeru itu, hak-hak ini mesti dihormati.”

Wallahua’lam.

Rujukan: http://www.fiqhacademy.org.sa/qrarat/5-4.htm

Foto: howto.gov.

0 comments… add one

Leave a Comment