≡ Menu

Apakah Perkara yang Paling Penting dalam Kewangan Islam?

Understanding Shariah and Its Application in Islamic FinanceApakah aspek yang paling penting dan mesti diutamakan dalam kewangan Islam?

Syariah.

Mengapa?

Kerana Syariah ialah kunci utama bagi segala perbuatan harian manusia termasuklah hal ehwal kewangan.

Soalan seterusnya…

Bagaimana hendak mengaplikasikan Syariah dalam bidang kewangan supaya ia menjadi patuh Syariah?

Dapatkan ilmu.

Mendapatkan ilmu boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Sudah pasti cara yang terbaik ialah belajar dan beramal kerana ilmu tanpa amal seperti pokok tanpa buah. Dalam bahasa yang lebih riang, seperti kereta tanpa stereng.

Sebagai contoh, belajar boleh dilakukan dengan cara berguru, menghadiri seminar dan membaca buku.

Beramal pula boleh dilakukan dengan cara menceburkan diri dalam industri kewangan Islam.

Kedua-dua cara di atas iaitu belajar dan beramal mesti bergerak seiringan dan berulang-ulang kali supaya ilmu kewangan Islam terpasak kukuh dalam diri.

Mudah-mudahan Allah merahmati semua, khususnya mereka yang berjuang dalam industri perbankan dan kewangan Islam, lebih spesifik lagi dalam bidang Syariah.

Amin.

BUKU: UNDERSTANDING SHARIAH AND ITS APPLICATION IN ISLAMIC FINANCE

Perjuangan baru sahaja bermula…

Understanding Shariah and Its Application in Islamic Finance

Gambar 1: vitecube.com

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment