≡ Menu

Auditor Syariah dalam Industri Kewangan Islam

Satu posisi yang penting dalam industri kewangan Islam adalah auditor Syariah. Kita mungkin biasa mendengar ‘Penasihat Syariah’ berbanding ‘Auditor Syariah’.

Auditor Syariah dalam industri kewangan Islam?

Dalam bahasa yang mudah, auditor Syariah akan menyemak semua transaksi kewangan Islam sama ada mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Syariah ataupun tidak.

Walaupun tugas dan tanggungjawab auditor Syariah mencabar, namun ia juga menyeronokkan. Banyak pengetahuan dan pengalaman yang boleh diperolehi. Tetapi sebelum itu…

SYARAT UNTUK MENJADI AUDITOR SYARIAH DALAM INDUSTRI KEWANGAN ISLAM

Tuan Haji Razli Ramli, Senior Managing Adviser di Islamic Banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM) berkongsi pendapat beliau jika seseorang mahu menjadi auditor Syariah dalam industri kewangan Islam. Beliau menulis di laman sosial facebook:

“Untuk para auditor:

Membuat kerja review ke atas transaksi kewangan Islam sebenarnya mudah sahaja. Apa yang saudara saudari perlu ada ialah:

  1. Kuatkan “Fundamental of Shariah” saudara saudari.
  2. Study dan fahamilah Shariah Governance Framework (SGF) oleh Bank Negara Malaysia (BNM).”

Itu sahaja.

Secara peribadi, saya melihat syarat yang pertama sangat-sangat-sangat penting. Ilmu Syariah ialah ilmu mengenai bagaimana hendak mengetahui hukum-hakam yang ditetapkan oleh Allah subhanahu wa ta’ala kepada para hambanya, melalui al-Quran atau sunnah Nabi Muhammad sallallahu’alaihi wasallam sama ada sunnah tersebut berbentuk perkataan, perbuatan atau pengakuan.

Ilmu Syariah ialah asas. Apabila tapak yang dibina kukuh, binaan di atasnya juga akan stabil, Jika tapak tidak kuat, rumah besar yang bermula dengan sekecil bata boleh hilang dalam sekelip mata.

RAQIB & ‘ATID

Selain itu, tahukah saya bahawa di kanan dan kiri saya ada malaikat yang sentiasa mengaudit segala apa yang saya lakukan?

Allah subhanahu wa ta’ala berfirman dalam surah Qaf, ayat 18 yang bermaksud:

“Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).”

Audit wang, audit diri. Mudah-mudahan Allah merahmati. Amin.

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment