≡ Menu

Bahagian Awak, Milik Saya

Susulan daripada artikel sebelum ini, dalam kuliah yang sama, Ustaz menceritakan satu kisah lain. Kisah benar juga.

Satu kisah bagaimana abang sulung memaksa adiknya supaya menerima pembahagian harta pusaka secara sama rata. Adiknya tidak bersetuju, tetapi mengalah dan menerima kerana terpaksa. Akhirnya mereka tidak bertegur sapa selama 3 tahun.

Pada satu hari, abang sulung menghadiri kuliah faraid yang disampaikan oleh Ustaz tersebut dan dia menyedari kesilapannya. Dia meminta nasihat dan Ustaz itu menyarankan supaya pergi meminta maaf dan mengakui kesilapannya yang lalu. Memang susah jika abang sulung hendak pergi meminta maaf kepada adik. Umpama seorang bos yang hendak mengakui kesilapan diri dan meminta maaf kepada kakitangannya. Sanggupkah. Ujar Ustaz itu lagi sambil tersenyum melihat ke arah hadirin.

Tetapi itu yang terjadi. Abang sulung memberanikan diri, pergi berjumpa dengan adiknya dan memohon maaf. Alhamdulillah, adiknya terbuka hati memaafkan abangnya, bahkan dia juga menghalalkan bahagian harta pusaka yang sepatutnya menjadi miliknya dahulu.

Wallahua’lam.

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment