≡ Menu

Bolehkah Jual Beli Hartanah Bertempoh 999 Tahun?

Freehold

Adalah apabila kita membeli dan memiliki hartanah tersebut sepenuhnya, tidak terikat dengan waktu. Kita mempunyai pemilikan kekal dan bebas untuk sewakan atau jual.

Namun begitu, kerajaan mempunyai hak untuk mengambil hartanah berstatus ‘freehold’ demi kepentingan umum. Dalam hal ini, kerajaan akan membayar nilai semasa hartanah kepada pemilik.

Leasehold

Leasehold pula berlaku sebaliknya. Jual beli hartanah adalah bertempoh sama ada 30 tahun, 60 tahun, 99 tahun atau sehingga 999 tahun.

Soalnya…

Bolehkah Jual Beli Hartanah dengan Tempoh?

Transaksi sebegini biasa berlaku dalam urusan jual beli hartanah, di antara pembeli dan pemaju/kerajaan.

Jika tempoh dinyata dan dipersetujui bersama di awal kontrak, saya cenderung kepada boleh. Kita bayar untuk manfaat (usufruct) aset untuk tempoh tertentu. Selepas tamat tempoh, pihak berkontrak boleh memeterai akad baru mengikut persetujuan bersama.

Wallahua’lam.

0 comments… add one

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.