≡ Menu
Hadi Rofiee

Erti Pengorbanan dalam Kewangan

Aidiladha tiba lagi.

Apabila tiba aidiladha, topik mengenai korban menjadi perbualan hangat. Bermula di kedai kopi sehingga ke Kemboja sana, korban telah menyatukan umat Islam.

Alhamdulillah.

Apakah Erti Pengorbanan yang Sebenar?

Sebagai seorang Muslim, erti sebenar pengorbanan tidak seharusnya dihadkan kepada ibadah korban sahaja, bahkan mesti merangkumi segala perkara sama ada ibadat atau sosial.

Sebagai contoh dalam urusan berkaitan kewangan, erti pengorbanan yang sebenar ialah berhijrah dari kewangan yang tidak patuh syariah kepada yang patuh syariah. Dengan kata lain, pilih kewangan Islam, lupakan yang lain.

Logo Perbankan Islam

Contohnya, jika sekarang ini kita menyimpan di akaun bank yang bukan Islamik, pergi ke bank dan minta mereka tukarkan kepada yang Islamik.

Jika sekarang ini kita mengambil polisi insurans untuk kenderaan, kini tiba masa untuk beralih kepada takaful.

Jika sekarang ini kita melabur di tempat-tempat yang meragukan dan tidak patuh syariah, tinggalkannya dan pilih yang patuh syariah.

Biar untung dunia, untung akhirat juga. Biar jadi seperti ‘yang dikejar dapat, yang dikendong tidak tercicir.’ Bak satu kata-kata:

“Alang-alang bermain dengan wang, biar bermain secara halal dan bijak.”

Semudah itu. Nampak remeh, namun impaknya maksima.

Mari Cakna Kewangan Islam.

0 comments… add one

Leave a Comment