Hubungkait Fiqah Muamalat

Apakah hubung kait antara urusan kewangan dan akidah?

Hubung kait antara urusan kewangan dan akidah amat rapat. Akidah adalah aspek penting yang ditekankan dalam Islam. Islam amat menggalakkan umatnya untuk beriman dengan akidah secara mendalam.

Dengan kepercayaan akidah, urusan muamalat harta dibina. Hakikatnya, harta ialah hak milik mutlak Allah. Dia pencipta bagi setiap makhluk. Kita hanya bertindak sebagai orang yang memegang amanah untuk mengurus dengan baik.

Secara fitrahnya, logik akal manusia mengatakan bahawa Allah adalah pemilik tunggal dan Dia berhak ke atas makhluk berbanding yang lain. Kita sebagai manusia bukanlah pemilik sebenar harta, bukan juga rakan kongsi bagi Allah. Sebaliknya hanya merupakan wakil yang dilantik untuk mengurus harta dengan baik.

Wallahua’lam.

(Petikan artikel Fiqah Muamalat, dalam Majalah al-Ustaz no. 45)