≡ Menu

Hukum Guna Kupon

Alhamdulillah.

Dalam majalah al-Ustaz volume 03 no. 31, saya membincangkan mengenai Hukum Guna Kupon. Huraian saya menyentuh 3 soalan di bawah:

  1. Ada suatu program jualan yang dianjurkan untuk orang ramai. Sebarang aktiviti jualan dalam program itu digalakkan menggunakan kupon tertentu sebagai ganti duit. Apakah hukum menggunakan kupon? Tidakkah ia berkaitan dengan riba atau judi?
  2. Saya membeli kupon untuk melayakkan menyertai suatu pertandingan. Adakah pembelian ini dianggap judi?
  3. Majikan menghadiahkan kupon yang sah diguna pakai bagi mendapatkan barangan di pasar raya tertentu. Tetapi saya tidak memerlukan kupon itu dan ingin menjualnya dengan harga yang lebih rendah. Bolehkah saya berbuat begitu?

Hukum Guna Kupon

Secara ringkasnya:

“Hukum menggunakan kupon sebagai ganti duit dalam aktiviti jualan tertakluk kepada beberapa syarat. Jika kupon itu tidak berfungsi sebagai mata wang, iaitu tidak laku kecuali pada tempat khusus sahaja, maka penggunaannya dibolehkan.”

“Tetapi jika kupon itu berfungsi seperti mata wang, penggunaannya juga dibolehkan. Namun peraturan item ribawi yang ketat wajib dipatuhi bagi memastikan aktiviti jual beli bebas riba.”

Fiqah Forensik

Majalah al-Ustaz edisi kali ini turut memperkenalkan bahagian baru iaitu Fiqah Forensik. Apa itu Fiqah Forensik?

Fiqah forensik boleh disimpulkan sebagai pemahaman hukum-hakam berkaitan pengamalan forensik dalam kehidupan umat Islam.”

Majalah al-Ustaz, No. 31

Selain Fiqah Muamalat dan Fiqah Forensik, banyak lagi perbincangan yang menarik dimuatkan dalam majalah ini. Dengan tema kekeluargaan, ia akan membantu mengatur kehidupan berkeluarga tuan dan puan menurut neraca syariat Islam, insya-Allah.

Majalah al-Ustaz 31

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment