≡ Menu

Hukum Memancing Ikan Jackpot

Susulan daripada artikel Hukum Memancing di Kolam Berbayar, saya diajukan satu soalan berkenaan hukum memancing ikan jackpot.

Maksudnya begini, selain daripada membayar caj untuk ruang dan memancing, pengguna juga dikenakan caj tambahan sebagai contoh sebanyak RM3.

RM3 ini sebagai bayaran untuk mendapat ikan jackpot, iaitu ikan tertentu dalam kolam tersebut bersaiz besar. Jika pengguna dapat, ikan itu menjadi miliknya. Jika tidak, RM3 itu dikira hangus.

Adakah ini dikira judi?

Namanya sudah meragukan. Jackpot!

Pandangan saya, seolah wujud unsur pertaruhan dalam situasi di atas. Ada pihak yang akan menang, ada pihak yang akan rugi.

Apabila suatu aktiviti melibatkan suatu pertaruhan di antara dua orang atau lebih, di mana pihak yang menang akan mendapat harta yang dipertaruhkan itu, maka pertaruhan seperti ini dilarang oleh syarak kerana adanya unsur judi dan mengambil harta orang lain dengan jalan yang batil.

Jadi, apa patut buat?

Deal & negotiate dengan tuan tempat agar RM3 dikecualikan. Bayar hanya untuk ruang dan memancing. Jika dapat ikan jackpot, lepaskan semula.

Jika tidak berjaya, cari kolam memancing lain. Ini lebih selamat dan dekat dengan taqwa.

Wallahua’lam.

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous post: