Jalan-Jalan di Dunia Takaful Ikhlas

Alhamdulillah, sahabat baik di satu syarikat ejen takaful mengajak saya untuk bersama-sama dalam satu majlis besar, anjuran syarikat takaful itu.

Ops..terlebih dahulu, saya bukan ejen mana-mana syarikat takaful. Saya juga tidak mempunyai apa-apa kepentingan seperti mendapat komisyen dan sebagainya.

Saya tertarik untuk hadir kerana 1 topik yang akan dibincangkan iaitu ‘Taklimat Islamic Finance Services Act (IFSA) 2013.’ Saya berasa bertanggungjawab untuk mengetahui kandungan akta itu. Wajib! Atas dasar itu, saya membuat keputusan untuk hadir.

Namun sayangnya, masa yang diperuntukkan untuk Taklimat Islamic Finance Services Act (IFSA) 2013 hanya sekitar 1 jam 30 minit sahaja. Begitu singkat! Tidak mengapa, saya akan berusaha mencari jalan untuk memahami kandungan akta itu kelak. Insya-Allah.

Takaful Ikhlas

Melihat kepada bilangan mereka yang hadir ke program mega ini, saya kagum. Mereka hadir dari seluruh pelusuk Malaysia. Bahkan ada antara mereka yang datang dari Sarawak.

Dari satu sudut, saya bersyukur kerana ramai pejuang yang akan membantu dunia takaful. Dari satu sudut lain, saya mempunyai sedikit kebimbangan terhadap satu fenomena ‘luar biasa’ yang sedang berlaku. Fenomena apakah? Saya tidak mahu kongsikannya di sini, kecuali dengan beberapa individu tertentu sahaja.

Sunggupun begitu, saya tetap menyokong industri perbankan dan kewangan Islam. Sheikh Tawfique Chowdhury dalam program The Real Deal menyebut: kewangan Islam ialah jenama orang Muslim. Ayuh kita sokong!

Allah merahmati tuan dan cik puan sekalian. Amin.

0 comments… add one

Leave a Comment