Jihad Ekonomi – Dr. Zulkifli Hasan

22 April yang lalu, saya dan sahabat berkesempatan berjumpa dengan Dr. Zulkifli Hasan. Pertemuan kami berlangsung di Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Secara ringkas, Dr. Zulkifli Hasan merupakan seorang pensyarah kanan di FSU, USIM. Beliau juga merupakan ahli panel Syariah bagi Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD), USIM dan ahli jawatankuasa Syariah bagi Affin Islamic.

Perjumpaan ini bertujuan untuk berkenalan dengan lebih lanjut dan menjemput beliau secara rasmi sebagai penceramah dalam program Riba Symposium 2014, 10 Mei 2014. Beliau bersama dengan 2 orang ahli panel lain akan membincangkan topik “Benarkah Perbankan Islam Tanpa Riba?” Beliau akan menyentuh topik tersebut dari aspek undang-undang dan kaitannya dengan pelaksanaan perbankan Islam di Malaysia.

Selain itu, perbincangan kami juga berkisar mengenai riba dan sejauh kefahaman masyarakat tempatan dan antarabangsa mengenainya. Kami turut menyentuh mengenai realiti perbankan Islam sekarang. Kami berkongsi mengenai kritikan yang sampai kepada kami dan juga yang dilontarkan terhadap industri perbankan Islam.

Beliau hanya tersenyum seolah-olah memahami apa yang kami rasai. Kemudian beliau memberitahu: “kita perlukan kritikan supaya kita dapat berubah menjadi lebih baik. Ini jihad ekonomi.”

“Jihad ekonomi?” kami cuba mendapatkan kepastian.

“Ya, jihad ekonomi. Ada satu buku yang ditulis mengenai jihad ekonomi. Buku tersebut ditulis dalam bahasa Inggeris. Maafkan saya kerana terlupa nama penulisnya. Namun kamu semua boleh mencari buku itu. Buku itu bagus.”

Kami mengangguk.

Ya, kritikan perlu untuk berubah ke arah yang lebih baik. Mudah-mudahan Allah merahmati semua, amin.Tim AlNaqiy & Dr.Zulkifli Hasan

Sempat bergambar bersama dengan beliau. Maafkan beliau kerana terpejam mata. Di bawah ialah gambar beliau yang lain: 🙂

Dr. Zulkifli Hasan

One Reply to “Jihad Ekonomi – Dr. Zulkifli Hasan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *