Kisah Budak Sekolah Menengah Menyambut Kemerdekaan

by Hadi Rofiee

Sebelum itu selamat menyambut hari kemerdekaan Negara yang ke-53 diucapkan kepada semua rakan yang berkunjung ke sini. Seterusnya sedikit kisah ketika menyambut kemerdekaan ketika berada di zaman sekolah menengah dahulu.

Kisah Budak Sekolah Menengah Menyambut Kemerdekaan

Saya tinggal di asrama. Kebetulan pada tahun itu, malam kemerdekaan jatuh pada malam cuti. Akal fikiran sudah mula giat merancang beberapa aktiviti hebat yang hendak dilakukan. Saya dan seorang rakan merancang untuk ‘lari’ keluar asrama dan pergi ke bandar bagi menyambut kemerdekaan . Zaman remaja, memang tahu hendak berseronok sahaja. Tidak fikir apa-apa langsung. :mad:

Setelah keadaan persekitaran di asrama mengizinkan (line clear), apa lagi, kami terus laksanakan misi kami. Kami berjaya melepasi halangan demi halangan dan akhirnya tiba di bandar . Kami tiba awal, jadi kami berjalan-jalan terlebih dahulu.

Apabila jam 12 tengah malam semakin hampir, kami berhimpun di dataran bersama lautan manusia yang lain bagi menyambut kemerdekaan. Kiraan saat pun bermula: 10, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1….dan: Merdeka!. Kemudian disusuli pula dengan tembakan bunga api. Memang terasa sakit pada leher kerana terlalu lama melihat tembakan bunga api di langit atas.

Selepas itu, ada aksi apa entah namanya: flying fox oleh mereka yang terlatih sambil mengibarkan jalur gemilang. Kemudian diadakan pula konsert nyanyian oleh artis-artis jemputan. Seingat saya mereka adalah Misha Omar, Def Gab C dan beberapa orang pelawak. Namun tanpa disangka, ketika konsert sedang berlangsung, hujan pun turun dengan lebatnya. Habis basah kuyup. :lol:

Pada malam itu, kami ‘bermalam’ di bandar itu dan tidak pulang ke asrama. Kami pulang ke asrama keesokannya dengan penuh berhati-hati. Takut-takut kantoi. :mrgreen:

Begitulah serba ringkas kisah saya dahulu. Suatu kisah yang boleh dijadikan pengajaran tetapi tidak boleh dijadikan ikutan oleh generasi-generasi remaja sekarang. Suatu tingkah laku yang tidak akan saya ulanginya kembali.

Terima kasih kerana bacaan semua. ;-)

{ 34 comments… read them below or add one }

syahrilhafiz August 31, 2010 at 6:18 pm

huhu..
agak nakal yer ko dulu…
ingat2 pesan mak, dont noti2…ahaha
salam kemerdekaan…

Reply

HadiRofiee August 31, 2010 at 6:23 pm

Salam perkenalan bro. T/kasih kerana singgah di blog ini. :-)

Hehe.. dulu2 memang lain, nakal semacam. :mrgreen:

Salam kemerdekaan juga.

Reply

syahrilhafiz September 2, 2010 at 11:39 am

salam kenal juga…

Reply

HadiRofiee September 2, 2010 at 11:52 am

:-) t/kasih.

Reply

tengkorak emas August 31, 2010 at 11:00 pm

Salam kemerdekaan :)

memang betul, ada banyak cara lain sambut kemerdekaan, boleh buat forum, tazkirah, tayangan motivasi kemerdekaan ke he

Reply

HadiRofiee September 1, 2010 at 1:36 pm

Tayangan motivasi kemerdekaan. Menarik tu, sepatutnya yg itu. :-)

Reply

x-po September 1, 2010 at 2:28 am

semalam, hanya sambut merdeka kat twitter je hehe

Reply

HadiRofiee September 1, 2010 at 1:38 pm

T’baik.. segalanya kini di hujung jari. :mrgreen:

Reply

Mr.Z September 1, 2010 at 6:08 am

ni kira kes lari = fly dari asrama la ni..
tak takut dengan warden ka? haha..
btw banyak cara lagi kan nak sambut merdeka..
bukan hanya dengna konsert je :)

Reply

HadiRofiee September 1, 2010 at 1:39 pm

Hehe.. takut tu mmg ada.. tp ‘berani tanggung risiko’, itulah prinsip zaman2 dulu.. :D

Mungkin boleh adakan tayangan motivasi kemerdekaan, seperti kata ‘tengkorak emas’, menarik idea tu. ;-)

Reply

Ali ridha September 1, 2010 at 5:06 pm

Selamat Hari Merdeka ke-53………..

Reply

HadiRofiee September 1, 2010 at 5:50 pm

Salam perkenalan. T/kasih kerana singgah di blog ini.

Salam kemerdekaan juga. :-)

Reply

adamfaiz September 1, 2010 at 10:12 pm

Aku dulu pun pernah buat jugak…fly tengok konsert…biasa la remaja

Reply

HadiRofiee September 2, 2010 at 6:53 am

Hehe.. aksi fly2 ni, kdg seronok jgk.. Remaja. :mrgreen:

Reply

hafidz September 1, 2010 at 10:29 pm

Salam perkenalan kembali bro.
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia~ =)

Reply

HadiRofiee September 2, 2010 at 6:53 am

Salam kemerdekaan juga.

T/kasih kerana kunjungan ke blog ini. :-)

Reply

Ismail N September 1, 2010 at 10:48 pm

Hmmm… itu pasal lah saya tak suka duduk di asrama.. sbb sedar diri tu outlaw. Nasib baik di U, saya duduk di UM so kurang kawalan sikit.. tp tetap 2nd year sewa apartment di luar kampus. :D . Selamat menyambut Hari Kemerdekaan.. biasalah time budak2 mesti nakal2 sikit.

Reply

HadiRofiee September 2, 2010 at 6:55 am

Hehe.. macam sama ja kita.. asal ada undang2 ja, mesti nak m’berontak. :mrgreen:

Salam kemerdekaan juga.

Reply

zik September 1, 2010 at 10:53 pm

hurm malam kemerdekaan duk umah jer (abahnya garang!) … memang tak celebrate, dulu masa sekolah, …. malas lah nak jalan2 nie…. sekarang pun masih sama… Zzzz

Reply

HadiRofiee September 2, 2010 at 6:56 am

Alhamdulilah, bagus tu.. t’baik.

Kini, saya pun sama.. Zzzz.. :-)

Reply

naz September 1, 2010 at 11:06 pm

college life dulu rajin la enjoy mlm merdeka, skunk xdpt ah, baik buat benda yang lebih bfaedah, benda wasted xde dlm rutin. hoho

Reply

HadiRofiee September 2, 2010 at 6:57 am

Betul tu.. bila dh sedar skrg, baru tau buang masa ja benda2 tu.. byk lg benda2 lain yg b’faedah.

Salam perkenalan & t/kasih kerana tiba di blog ini. :D

Reply

mijie September 2, 2010 at 8:54 am

salam kemerdekaan

Reply

HadiRofiee September 2, 2010 at 8:55 am

Salam kemerdekaan juga.

p.s: t/kasih atas segala bantuan. :-)

Reply

ejoncb September 2, 2010 at 11:10 am

hehehe..nakal yer kamu dulu…fly2..

Reply

HadiRofiee September 2, 2010 at 11:15 am

Salam perkenalan. T/kasih krna b’kunjung ke blog ini. :-)

Hehe.. bila t’ingat balik, nak t’gelak pun ada. :mrgreen:

Reply

ejoncb September 2, 2010 at 12:12 pm

sama-sama..salam perkenalan jugak..

Reply

HadiRofiee September 2, 2010 at 12:40 pm
aimannajmy September 2, 2010 at 11:45 am

cuti merdeka ang jln mana hehe..aku dok umh jaaa hehe salam merdeka

Reply

HadiRofiee September 2, 2010 at 11:53 am

Aku pun sama, duk rumah ja.. ambik peluang utk b’rehat. :-)

Reply

puteri September 2, 2010 at 11:08 pm

saya tidur awal malam merdeka tahun ni :) :) :)

Reply

HadiRofiee September 3, 2010 at 7:01 am

Betul.. tu lagi best :mrgreen:

Reply

Dila.13 September 7, 2010 at 10:33 pm

Haha.. rupanya kaki pontang asrama juga Hadi ni.. jangan ajar anak murid jadi nakal, ok :) saya pun sama aje masa sekolah asrama dulu.. siap pergi Bukit Bintang tengok live band masa malam merdeka. lepas celebrate, gerak dari sana pukul 3 dan terus tidur rumah member. pagi esok kena balik sekolah untuk kawad hari kebangsaan, terpaksa kejar KTM pukul 6 untuk sampai on time. kengangan, kenangan.. :P

Reply

HadiRofiee September 7, 2010 at 10:37 pm

Hehe. Kisah lama. :mrgreen:

Wah, dahsyat juga ya si Dila.13 ni.

Pa2 pun, tu semua kenangan & pengalaman yg tak akan diajar kpd sesiapa pun. :-)

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: