Kuasai Ilmu Kewangan dan Perbankan Islam Secara PERCUMA

Kuasai ilmu kewangan dan perbankan Islam secara PERCUMA dengan menghadiri kelas bersiri kewangan dan perbankan Islam.

“Kelas ini membantu para pelajar memahami dunia kewangan dan perbankan Islam dengan lebih jelas dan tepat, dalam masa 1 bulan.”

Yuran: PERCUMA. (* bagi yang layak)

Yuran tersembunyi: KOMITMEN..KOMITMEN..KOMITMEN untuk hadir semua kelas.

Poster: Kelas Bersiri Kewangan dan Perbankan Islam

RKRS September

Apa Yang Para Pelajar Boleh Dapat Daripada Kelas Ini?

# 1 Menjawab Kritikan

Membantu para pelajar menjawab kritikan yang sering dihadiahkan kepada perbankan Islam seperti:

  • perbankan Islam mencekik darah!
  • perbankan Islam dan konvensional kelihatan sama sahaja, pi mai pi mai tang tu juga!
  • perbankan Islam sebenarnya pintu belakang (back-door) riba dan riba itu haram!
  • dan lain-lain…

# 2 Jihad Kewangan Islam

Membuka ruang dan peluang kepada para pelajar untuk sama-sama berjuang dalam bidang jihad yang baru iaitu kewangan Islam

# 3. Berpeluang Ber‘network’ dengan Pakar Kewangan Islam

Barisan penyampai dalam kelas ini terdiri daripada:

  1. Dr. Zaharuddin Abd Rahman
  2. Ustaz Ahmad Jamil Bin Jaafar (Pengurus Bahagian Syariah di Al Naqiy Islamic Solutions Sdn. Bhd.)
  3. Ustaz Mohd. Izzam Bin Khazar (Bank Al Rajhi)
  4. Ustaz Abdullah Hanif (Bank Al Rajhi)

Apa Kata-Kata Pelajar Sebelum Ini?

Seorang pelajar kumpulan (batch) pertama meluahkan rasa kepuasan beliau dapat menghadiri kelas ini:

“Rasa macam tak sangka dan tak puas menghadiri kuliah kat sini. Penceramah superb best sebab mereka memang practitioner dalam industri perbankan islam menyebabkan kita seronok mendengar pengalaman mereka sepanjang berada dalam industri perbankan islam.”

“Percayalah, tiada program sebegini yang dianjurkan secara percuma ditempat lain. Program ini ditaja oleh Kumpulan Perangsang Selangor dan tenaga penceramah disediakan oleh Al Naqiy Islamic Solution Sdn Bhd. Dah lah bagi makan percuma yang super sedap, menyediakan tempat parking percuma, dan kursus juga secara percuma.”

Cara Mendaftar?

Bagi yang berminat, sila hantar resume lengkap ke rkrs@alnaqiy.com untuk mengesahkan pendaftaran.

Atau,

Hubungi Al Naqiy Islamic Solutions Sdn. Bhd. untuk maklumat lanjut: 03 – 6201 1062 / 63.

Like facebook Al Naqiy untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai kewangan dan perbankan Islam. 🙂

2 comments… add one

Leave a Comment