Kursus Perancangan Kewangan Islam

Kursus Perancangan Kewangan Islam

Syukur Alhamdulillah. Pada 5-7 Mei 2015 yang lepas, Al Naqiy Islamic Solutions Sdn. Bhd. (Al Naqiy) diberi tanggungjawab mengendalikan Kursus Perancangan Kewangan Islam untuk kakitangan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Mereka terdiri daripada 36 orang peserta yang datang daripada pelbagai institusi di bawah sektor pendidikan dan keusahawanan MARA di seluruh Malaysia.

Gambar para peserta lelaki yang ‘happening’:

Peserta Lelaki Kursus Perancangan Kewangan Islam

Gambar para peserta perempuan:

Peserta Perempuan Kursus Perancangan Kewangan Islam

Kursus Perancangan Kewangan Islam

Kursus ini dianjurkan bertujuan untuk memberi pemahaman asas mengenai amalan perbankan dan kewangan Islam di Malaysia, merangkumi aspek teori dan praktikal serta membincangkan isu-isu semasa yang berbangkit.

Dalam kursus ini, saya diberi kepercayaan mengendalikan 2 slot iaitu:

  1. Kaedah dan Kontrak Asas dalam Fiqah Muamalat
  2. Multi Level Marketing (MLM), Takaful dan Pelaburan Halal Terpilih (Unit Amanah dan Saham)

Slot pertama menyentuh mengenai kaedah dan kontrak asas yang digunakan dalam industri perbankan dan kewangan Islam. Sementara slot kedua pula membincangkan dan meneliti konsep yang diguna pakai dalam MLM dan takaful di Malaysia serta serba sikit mengenai produk-produk pelaburan yang halal.

Selain itu, kursus ini juga mengandungi slot-slot lain iaitu:

  • Falsafah Perbankan dan Kewangan Islam
  • Kelebihan Perbankan Islam untuk Urusan Kewangan Keluarga
  • Riba dan Perkara-perkara yang diharamkan di dalam Muamalat
  • Isu – Isu dalam Jual Beli dan Pelaburan Emas
  • Kajian Kes: Fiqh Muamalat

Kursus Perancangan Kewangan Islam

Saya akui, masih banyak kelemahan dalam penyampaian. Namun, saya pasti akan memperbaiki dari semasa ke semasa. InsyaAllah. Terima kasih kepada Al Naqiy atas kepercayaan yang diberikan.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada para peserta yang hadir kerana komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang kursus berlangsung. Bahagian yang paling saya suka adalah sesi soal jawab. Walaupun ia mencabar, namun secara tidak langsung saya dapat berbincang dan bertukar pandangan bersama.

Mudah-mudahan Kursus Perancangan Kewangan Islam ini memberi kebaikan kepada semua. Amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *