≡ Menu

Lagi Simple Lagi Kacak

SOALAN: Apakah hukum lelaki memakai subang yang memang direka khas untuk lelaki?

Subang adalah perhiasan bagi wanita. Mengikut hukum uruf dan adat setempat, seseorang lelaki yang memakai subang dikira menyerupai wanita kerana dia memakai perhiasan yang secara khususnya adalah untuk wanita.

Adapun subang yang direka khas untuk lelaki, ia tidak diterima dan juga tidak dapat mengecualikan dia daripada dikira menyerupai wanita. Pokok pangkalnya, mengapa pula lelaki hendak memakai subang. Lelaki, lagi ‘simple’ lagi kacak.

Dalam satu hadis daripada Ibnu Abbas, Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki. Dalam riwayat lain, Rasulullah melaknat orang yang menyerupai perempuan dari kaum lelaki dan orang yang menyerupai lelaki dari kaum perempuan. (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Gambar: wallpapervortex.com

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment