Dalam perbincangan hukum Islam, deposit dibahagikan kepada dua:

  1. Hamish Jiddiyyah
  2. ‘Urbun atau ‘Arbun

Hamish Jiddiyyah

Hamish Jiddiyyah ialah bayaran yang dibuat kepada penjual untuk menunjukkan kesungguhan untuk membeli sama ada melalui wakil atau sendiri. Ia juga disebut security deposit. Cirinya sama seperti booking fee atau commitment fee.

Bayaran deposit dibuat di luar akad. Apabila akad berjaya dimeterai, bayaran tadi dikira sebagai sebahagian daripada harga jualan. Jika pembeli membatalkan hasrat membeli, penjual boleh mengambil deposit itu setakat kerugian yang ditanggung sahaja. Selebihnya perlu diserahkan kembali.

‘Urbun atau ‘Arbun

Iaitu deposit yang dibuat selepas akad jual beli dimeterai. Ia juga dikenali dengan nama deposit sendiri atau down payment. Jika pembeli membatalkan hasrat pembelian, maka semua jumlah wang depositnya akan hangus. Namun penjual digalakkan untuk mengambil setakat kerugian yang ditanggung sahaja dan memulangkan selebihnya kepada bakal pembeli.

Wallahua’lam.

(Petikan artikel Fiqah Muamalat, Majalah al-Ustaz, no. 47)

Image: vikingmergers [dot] com