≡ Menu

Mark-up Financing/Loan

Apakah hukum kita menaikkan harga barang untuk mendapatkan jumlah pembiayaan yang lebih?

Seperti kita meminta penjual menaikkan harga barang untuk tujuan permohonan pembiayaan, tetapi jika diikutkan, pembiayaan tersebut walau naik banyak mana sekalipun, tetap kena bayar juga. Contoh dalam kes jual beli rumah.

Dalam kes rumah, jika nilai hartanah masih dalam linkungan nilai pasaran (market value), maka dari sudut Syariah mungkin tidak ada isu, sebab yang menentukan nilai tersebut adalah penilai (valuer). Dengan syarat selama mana tidak terjadi penipuan yang melampau.

Sebagai contoh, pemilik rumah bersetuju untuk menjual dengan RM300 ribu. Akan tetapi nilai semasa daripada penilai adalah RM320 ribu. Maka daripada meletakkan harga RM300 ribu dalam perjanjian jual beli, penjual menjual dengan harga RM320 ribu. Hasilnya pembeli akan mendapat lebihan tunai sebanyak RM20 ribu. Lebihan tersebut diguna untuk kegunaan sendiri seperti bayaran deposit, peguam atau ubah suai rumah.

Cuma dari sudut industri, amalan ini mungkin tidak berapa sihat. Situasi ini boleh menyebabkan harga rumah semakin meningkat dan sukar hendak turun. Hal ini kerana walaupun harga rumah telah turun, pembeli akan sentiasa membelinya pada harga yang tinggi (markup value).

Oleh sebab itu perlunya kepada penilai yang bebas (independent valuer), seperti keperluan kepada kementerian yang berkenaan, yang bertanggungjawab bagi mengawal dan menentukan nilai hartanah di pasaran, supaya tidak dimanipulasi.

Wallahua’lam.

P.S.: Saya alu-alukan pandangan dalam isu ini.

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous post: