Membeli dengan Kad Kredit Konvensional

(Artikel ini dipetik dari laman sosial: facebook.com/alnaqiy)

Islamic Credit CardSOALAN:

Sekiranya saya menggunakan kad kredit yang bukannya daripada institusi perbankan Islam, adakah barang atau makanan yang dibeli juga menjadi haram?

Mohon penjelasan.

JAWAPAN:

Alhamdulillah dan terima kasih kepada yang bertanya.

Persoalan yang ditimbulkan mencerminkan sifat prihatin orang yang bertanya tentang pemerolehan harta dan pemakanan yang menjadi asas pembentukan tubuh badannya.

Sekiranya diyakini kad kredit yang digunakan merupakan produk dari institusi perbankan bukan Islam, maka kad kredit tersebut adalah TIDAK DIBENARKAN kerana mengandungi unsur yang diharamkan Islam iaitu RIBA.

Sila rujuk: http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/943-jerangkap-kad-kredit–nafsu-hutang.html

Dalam Persidangan Lembaga Akademi Fiqh Dunia kesembilan yang berlangsung di Makkah pada Sabtu, 12 Rejab 1406H ada menyatakan bahawa:

“Duit yang diperolehi dari faedah RIBA adalah haram di sisi syarak. Orang Islam TIDAK BOLEH mengambil manfaat duit tersebut untuk dirinya atau orang di bawah tanggungannya, tetapi duit tersebut hendaklah dibelanjakan bagi kepentingan awam seperti membina hospital, sekolah dan sebagainya. Ini tidaklah dianggap sebagai SEDEKAH akan tetapi pemberian itu merupakan proses pembersihan diri seseorang daripada perkara yang diharamkan.”

Berkenaan dengan barangan atau makanan yang dibeli menggunakan kad kredit seumpama ini, maka barang atau makanan tersebut tidaklah menjadi haram dengan transaksi ini. Tetapi perbuatan membeli apatah lagi memakan makanan hasil daripada duit tersebut adalah BERDOSA kerana perbuatan ini dikategorikan sebagai mengambil manfaat daripada harta haram.

Kesimpulannya, bertukarlah kepada Kad Kredit Islam, Kad Caj Islam dan Kad Debit Islam bagi mengeluarkan diri daripada lembah keraguan dan kekeliruan.

Allah knows best.

– Ahmad Al Naqiy.

* Kredit gambar: koehlerlaw.net

0 comments… add one

Leave a Comment