≡ Menu

Memburu Redha Ilahi (In Search of Allah’s Acceptance)

Memburu Redha Ilahi

Selain zakat, sedekah juga adalah antara instrumen yang penting dalam pengurusan kewangan Islam. Jika zakat adalah pemberian yang wajib dikeluarkan, maka sedekah pula adalah pemberian yang amat dituntut.

Teringat semasa kecil, apabila pergi menunaikan solat Jumaat dengan Ayah, Ayah selalu memberi kami wang untuk dimasukkan ke dalam tabung.

Ringkasnya, antara intipati khutbah Jumaat hari ini (1 Safar 1437H) adalah:

1) Sedekah yang sempurna adalah memberi apa yang paling kita suka.

Firman Allah yang bermaksud: “Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.” [Ali Imran: 92]

2) Sedekah tidak hanya terhad kepada pemberian berbentuk harta sahaja, bahkan lebih daripada itu.

Dalam satu hadis, Nabi menyebut: “Senyumanmu pada wajah saudaramu adalah suatu sedekah untukmu, menyuruh yang baik serta mencegah yang mungkar juga sedekah untukmu, menunjuk jalan kepada lelaki yang tersesat juga sedekah untukmu, engkau melihat (memimpin) bagi pihak orang yang rabun (buta) juga sedekah untukmu, engkau membuang batu, duri dan tulang di jalanan juga sedekah untukmu dan engkau menuang air dari timbamu ke dalam timba saudaramu juga sedekah untukmu.” [Sunan Al-Tirmidhi]

3) Ganjaran yang besar menanti bagi mereka yang membelanjakan harta kerana MEMBURU REDHA ILAHI.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan.” [Al-Baqarah: 265]

Wallahua’lam.

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Next post:

Previous post: