≡ Menu

Mencari Keseimbangan Antara Jihad Bisnes dan Jihad Perbankan Islam

Mencari Keseimbangan Antara Jihad Bisnes dan Jihad Perbankan Islam

“42. Seterusnya, menerusi Jihad Bisnes umat Islam dianjurkan supaya mengalihkan tumpuan berlebihan terhadap menjayakan institusi perbankan Islam kepada institusi penjana nilai dan harta kekayaan sebenar, iaitu organisasi korporat yang dipimpin oleh usahawan entrepreneur atau intrapreneur. Menghalalkan dan “mengIslamkan” sistem kewangan sangat penting, dan alhamdulillah, Malaysia mendahului di bidang ini. Namun usaha “menghalalkan” sistem tidak cukup andainya terhenti di sektor perbankan semata-mata. Lebih-lebih lagi diperhatikan, pendekatan menerusi sistem perbankan tidak memberi kelebihan strategi kepada umat untuk menang dalam persaingan global. Kerana hari ini jelas kelihatan bahawa semua bank, termasuk yang dimiliki kepentingan global bukan Islam, kini dapat menggunakan kaedah perbankan Islam dan berleluasa memberi khidmat perbankan Islam kepada semua pelanggan, tidak kira Muslim atau bukan Muslim.”

“43. Dengan demikian, langkah yang lebih berkesan strategi dan sebenarnya lebih penting dalam tindakan “menghalalkan” sistem perlu beralih tumpuan dari perbankan Islam kepada usaha “mengislamkan” sektor syarikat dan korporat, khasnya dari aspek pegangan hakmilik institusi ini. Kerana andainya ini tidak dilakukan, impak ketidakadilan dan kezaliman sistem berteras kapitalisme (yang kini dicontohi dan digunakan oleh semua negara Islam di dunia), tidak akan dapat dikawal dan dibendung, sekaligus mengkompromi nilai keadilan dan keseimbangan yang diutamakan oleh Islam.”

Perspektif Baru

Satu ungkapan berbunyi:

Jauh perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman.

Ungkapan di atas bersesuaian juga jika dikaitkan dengan aktiviti membaca. Kaitan antara keduanya sangat signifikan. Hal ini kerana:

Rajin membaca, luas pemandangan dan bertambah pengetahuan.

Petikan dua perenggan ayat di atas dipetik dari artikel bertajuk Jihad Ekonomi, Kepimpinan dan Pemilikan Equiti Melayu-Muslim di Malaysia oleh Tan Sri Dato’ Muhammad Ali Hashim dalam buku bertajuk Maqasid Syariah, Isu-Isu Kepenggunaan: Realiti dan Cabaran yang diselenggara oleh Dr. Abdul Karim Ali dan Ustaz Mohd Nazri Chik.

Maqasid Syariah, Isu-Isu Kepenggunaan: Realiti dan Cabaran

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment