Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم menyebut:
Maksudnya: “tidak halal jual beli dan hutang.”
Contoh: saya beri pinjam sebanyak RM2000 kepada Ahmad, dengan syarat Ahmad membeli komputer riba saya ini dengan harga RM3000.
Dalam hal ini, kita diberikan peringatan:
Maksudnya: “setiap pinjaman yang ada manfaat, maka ia ialah riba.”
Mengapakah Ar-Rahnu Syubhah?
Dalam Ar-Rahnu, ada gabungan kontrak-kontrak berikut iaitu:
- wadi’ah (simpanan)
- qard (pinjaman)
- rahnu (cagaran)
# 1 – Wadi’ah (Simpanan)
Contoh permasalahan:
Saya ada emas. Saya pergi memberi kepada syarikat Ar-Rahnu. Semasa saya beri, kontrak apa yang berlaku?
Pada peringkat ini, kontrak yang berlaku ialah wadi’ah. Katakan berat emas 100 gram, kita pergi simpan di syarikat Ar-Rahnu, jadi syarikat akan mengenakan caj upah sebagai contoh sebanyak 0.8%.
Jika bentuk upah seperti di atas, maka hukumnya halal.
Apabila ada upah, maka ia menjadi kontrak wadi’ah bil ujrah (safe keeping with fee).
Kontrak ‘safe keeping with fee’ ialah kontrak jualan (sale contract). Mengapa?
Kerana syarikat Ar-Rahnu jual perkhidmatan iaitu perkhidmatan menyimpan.
Pada peringkat ini, tidak timbul masalah. Masalah timbul apabila …
# 2 – Qard (Pinjaman)
Saya beri 100 gram emas kepada syarikat Ar-Rahnu. Kemudian syarikat Ar-Rahnu bersetuju untuk memberi pinjaman sebanyak 70% tunai daripada harga emas yang saya letak. Katakan 100 gram emas bernilai RM14000 dan 70% daripada RM14000 ialah RM9800.
Mengenai hal ini, Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم telah mengingatkan sepertimana disebutkan terdahulu:
Maksudnya: “tidak halal jual beli dan hutang.”
Situasi di atas menjadi masalah kerana jual beli dan hutang berlaku dalam satu masa (walaupun pinjam RM9800 dan bayar RM9800 juga), kerana mungkin ada dikenakan caj faedah dalam harga jualan, khususnya bila caj itu diikat dengan nilai emas, iaitu jika lagi mahal emas yang diletak, maka lagi mahal caj yang akan dikenakan.
Jika wadi’ah berlaku dalam bentuk biasa (standard), seperti mengenakan caj RM20 walau mahal mana sekalipun emas yang disimpan, maka ia mungkin tiada masalah, kerana ia tidak diikat dengan nilai emas yang diletak.
Sebaliknya jika lagi mahal emas yang diletak, maka lagi mahal caj yang akan dikenakan, maka di sini timbul tanda tanya.
# 3 – Rahnu (Cagaran)
Selepas berlaku dua kontrak (wadi’ah dan qard), masuk pula kontrak ketiga iaitu rahnu.
Mengapa pula berlaku kontrak ketiga?
Sebab saya pinjam RM9800, jadi untuk beri keselesaan kepada pemberi pinjaman bahawa saya akan membayar semula, maka barang emas yang saya simpan itu, saya cagarkan.
Pada mulanya, tidak cagar. Hanya simpan. Tetapi sekarang, cagar. Maka masuklah kontrak yang ketiga iaitu Ar-Rahnu (cagaran) yang terikat dengan beberapa syarat lain.
Jika proses Ar-Rahnu yang sekali (one-off) pun ada syubhah, apatah lagi jika ia dilakukan berkali-kali.
Dalam Islam, ada beberapa situasi jika dibuat sekali, dimaafkan. Namun jika dibuat dua kali dan lebih, maka ia tidak dibolehkan.
Dalam konteks persoalan ini, jika Ar-Rahnu dibuat sekali (one-off), maka hukumnya mungkin harus, kerana boleh jadi orang yang melakukan itu hendak memenuhi keperluan diri untuk mendapatkan pinjaman pembiayaan mikro (microfinance) yang tidak boleh diperolehi daripada bank.
Jika dilakukan berkali-kali, ia seolah-olah hendak memanipulasi sistem untuk kepentingan dan keuntungan diri sendiri, bukan untuk menutup keperluan diri.
Sebab itu, ia boleh jadi syubhah.
Wallahua’lam.
1 Pingback