Menipu Slip Gaji untuk Membeli Rumah

Ketika melayari internet bagi mencari rumah yang sesuai untuk dibeli. Saya terjumpa satu unit pangsapuri. Murah, berdekatan dengan pengangkutan awam, sesuai untuk didiami dan mempunyai potensi untuk disewakan.

Saya menghubungi ejen bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Saya diberitahu pangsapuri itu adalah ‘low cost apartment’. Ada beberapa syarat yang mesti dipatuhi jika mahu membeli pangsapuri itu, antaranya gaji suami & isteri mesti tidak melebihi paras minimum yang ditetapkan.

Selepas mencongak, saya tidak memenuhi syarat tersebut.

Saya cuba meminta tolong ejen jika dia dapat membantu. Ada cara katanya, iaitu ‘minta’ majikan ubah slip gaji untuk beberapa bulan supaya gaji menepati syarat untuk membeli ‘low cost apartment’.

Adakah ini dikira menipu?

Secara peribadi, saya melihat tindakan ini sebagai tidak beretika.

Di pihak bank, bank perlu memastikan maklumat yang dikemukakan oleh pelanggan yang memohon pembiayaan adalah tepat.

Wallahua’lam.

Hadi Rofiee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.