≡ Menu

Moral Seorang Usahawan

Moral Seorang Usahawan

Dalam menjalankan urusan perniagaan, mengambil kesempatan mengaut keuntungan di sebalik kelemahan seseorang yang kurang cerdik sebenarnya tidak bermoral. Pendapatan yang diperoleh juga tidak halal.

Antara salah satu aspek kehidupan Rasulullah yang kurang mendapat perhatian adalah kepimpinan Baginda dalam bidang perniagaan.

Rasulullah lebih dikenali sebagai seorang rasul, pemimpin masyarakat dan panglima tentera. Padahal, sebelum menjadi rasul, sebahagian besar kehidupan Baginda adalah seorang usahawan.

Rasulullah merupakan contoh terbaik. Baginda banyak mengajar tentang etika perniagaan sebenar dalam menjalankan urus niaga.

Diceritakan bahawa Rasulullah pernah memasukkan tangannya ke dalam timbunan maknana (biji-bijian). Kemudian Baginda mendapati jari-jemarinya basah. Baginda meminta penjelasan daripada pemiliknya dan dia memberitahu bahawa makanan itu basah kerana terkena hujan.

Rasulullah bersabda: “Mengapa kamu tidak meletakkan bahagian basah itu di atas supaya orang lain mengetahuinya! Sesiapa yang menipu, maka dia bukan dalam golongan aku (Islam). [Hadis riwayat Imam Muslim]

(Petikan artikel Fiqah Muamalat, dalam Majalah al-Ustaz, no. 46)

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment