Ada Kebaikan, Beri Kebaikan dan Dapat Kebaikan

by Hadi Rofiee

Prof Dr Muhaya ketika dalam rancangan Tanyalah Ustazah, pada 13 Januari, jam 10 malam di TV9 menyebut bahawa ketika dikritik, beliau memilih untuk senyum. Hal ini kerana beliau percaya bahawa pasti beliau pernah mengkritik seseorang sebelum ini. Apa yang menjadi kepercayaan beliau adalah: ada – beri – dapat. Contohnya: ada kebaikan, beri kebaikan dan dapat kebaikan.

kredit gambar

Lihat Diri Sendiri Dahulu

Beliau turut menyarankan supaya seseorang memakai cermin mata diri sendiri. Maksudnya, pakai cemin mata itu dan bayangkan hanya nampak diri sendiri sahaja. Nescaya ketika itu, tidak ada sesiapa hendak dikatakan sesuatu kecuali kepada diri sendiri.

Beliau juga pernah menyebut sebelum ini (di radio IKIM) bahawa di antara cara mudah untuk melihat diri sendiri dahulu sebelum melihat orang lain adalah dengan: tundukkan pandangan dan lihat ke badan, tiada apa yang kelihatan ketika itu kecuali diri sendiri. Eh ya tak ya juga! :neutral:

Kata – kata beliau menyerap ke dalam diri. Kadangkala saya terlalu mengkritik orang lain sehingga terlupa diri sendiri. Saya mesti cuba untuk berubah sedikit demi sedikit. Harapan ini telah diletakkan dalam senarai matlamat tahun 2012. Semoga pelaksanaannya dipermudahkan.

Selain itu di facebook juga telah tersebar satu video youtube yang sangat baik pengajarannya. Mungkin ada yang telah menontonnya sebelum ini. Kepada yang belum, boleh tontonnya di sini: http://www.youtube.com/watch?v=AHDo4ozAxWM (copy dan paste) :mrgreen: .

Demikian sahaja sedikit pemahaman yang diperolehi hasil daripada siaran itu. Salah dan silap, didahului dengan ampun dan maaf.

Terima kasih kerana luangan masa yang diberikan. ;-)

{ 20 comments… read them below or add one }

titan January 14, 2012 at 8:29 pm

setuju. setuju dengan artikel kacak ni. haha..
titan berkongsi tentang..Edisi Siasat – Buat duit dengan Zuvvu

Reply

Hadi Rofiee January 14, 2012 at 9:38 pm

Terima kasih Bro. :D

Reply

akubiomed January 15, 2012 at 12:30 am

Sebenarnya susah hendak bersikap positif sebab bersangka buruk itu mudah dari menerima kebenaran.
akubiomed berkongsi tentang..Gambar statik yang senyum

Reply

Hadi Rofiee January 15, 2012 at 9:16 am

Mungkin kerana persekitaran. Hmm.. :neutral:

Reply

Aqif Azizan January 15, 2012 at 2:33 am

Saya suka dengan artikel ini. Tahniah Tuan Hadi! :D
Aqif Azizan berkongsi tentang..Huhu, Huhuhu – Tidak Sesuai Digunakan, Membunuh Pengaruh & Motivasi Penerima

Reply

Hadi Rofiee January 15, 2012 at 9:17 am

Terima kasih Tuan Aqif. Dalam proses dan masih banyak yang perlu dipelajari dan diperbaiki. :-)

Reply

ahmadyani January 15, 2012 at 3:15 pm

Kita sendiri banyak dosa dan kelemahan, jadi untuk apa kita mengkritik orang lain. Kritikan kita akan menambah dosa dan kelemahan sendiri.
ahmadyani berkongsi tentang..Kita Sihat Bila Perut Dijaga

Reply

Hadi Rofiee January 15, 2012 at 6:20 pm

Sentiasa ternanti komen daripada Tuan. Terima kasih diucapkan. :-)

Reply

hafidz January 17, 2012 at 1:56 pm

tuh la. kadang memang tak sedar diri sendiri sebelum nak tegur tentang sesuatu perkara. harap dijauhi sifat2 begitu, amin :)
hafidz berkongsi tentang..Nuffnang Buffered Earning 4

Reply

Hadi Rofiee January 17, 2012 at 2:06 pm

Amin. :-)

Reply

muhammad fakhruddin January 18, 2012 at 10:11 pm

Bukan selalu kebaikan dibalas kebaikan. Namun percayalah, Tuhanlah sebaik-baik pembalas kebaikan :)
muhammad fakhruddin berkongsi tentang..2012: Menanam Benih di Tangan Walau Esok Kiamat

Reply

Hadi Rofiee January 18, 2012 at 10:34 pm

Kata-kata yang berinspirasi. Terima kasih tuan. :-)

Reply

adamfaiz January 19, 2012 at 8:57 am

Susah untuk kita melihat dan mengakui kelemahan sendiri.. Jika ini dapat dilakukan setiap kali, kita akan mempunyai lebih tenaga positif untuk melalui kepayahan..
adamfaiz berkongsi tentang..Bisikan Nada Cinta Di Situ

Reply

Hadi Rofiee January 19, 2012 at 9:24 am

Saya juga mengakuinya. Namun boleh cuba. 8-)

Reply

ohcikgu January 20, 2012 at 10:12 am

jika boleh, berilah bunga walaupun ada orang bagi kita tahi..
ohcikgu berkongsi tentang..Punca pelajar menengah gagal membaca, menulis – Hassan Salleh

Reply

Hadi Rofiee January 27, 2012 at 3:26 pm

Perumpamaan yang ekstrem, tapi jelas. :-)

Reply

chii January 20, 2012 at 11:46 am

kadang2..org yg suka mengkritik…x suka dirinya di kritik..dia akn melenting..menganggap hanya dirinya shj yg betul…susah gak kan
chii berkongsi tentang..Kecantikan Luar & Dalam

Reply

Hadi Rofiee January 27, 2012 at 3:32 pm

Sama2 berubah. Amin.

Reply

nurmisnan January 31, 2012 at 7:33 pm

benar tuh.. suka mengkritik tetapi tiak perasan diri sendiri juga 2 x 8 = 16.. hik3
tapi tiada salahnya menegur dgn berhemah agar sama2 perbaiki kelemahan diri..
nurmisnan berkongsi tentang..Assaalamualaikum guys…

Reply

Hadi Rofiee February 1, 2012 at 11:18 am

Saya suka ayat tuan iaitu: “menegur dgn berhemah”. :-)

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: