≡ Menu

Muzakarah Penasihat Syariah Kewangan Islam Kali Ke-11 KLIFF 2016

‘MenSyariahkan Manusia dan Memanusiakan Syariah’ adalah mesej utama yang disampaikan oleh Datuk Dr Mohd Daud Bakar dalam sesi perasmian.

Dr. menekankan tentang keanjalan Syariah dan bagaimana Syariah seharusnya beriteraksi dengan keadaan semasa.

Syariah adalah kehidupan. Aspek kemanusiaan penting dalam berijtihad. Perlu seimbang dan moden apabila memberi pendapat kepada masyarakat.

Penasihat Syariah adalah pemegang obor Syariah dan penjaga cop mohor fatwa. Mereka mesti bersifat rendah diri dan tidak boleh berlebihan.

Syariah ada tanggungjawabnya. Apa yang kita cakap, kita tutur, kita tulis, ada tanggungjawab. Semua akan dihitung.

Respons Saidina Muaz apabila ditanya oleh Nabi dalam bab ijtihad di Yaman: أجتهد رأيي ولا آلو / saya akan berijtihad dan saya tidak akan melakukan ‘negligence’, kekurangan atau kelebihan.

Menurut Dr., perkataan آلو adalah satu perkataan Bahasa Arab yang cukup dalam.

Tiga kata paling bermakna yang menggambarkan ولا آلو iaitu: ‘care’, ‘skill’ dan ‘diligence’.

Wallahua’lam.

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment