≡ Menu

Pahala Mata Wang Akhirat – Part 2

Susulan dari artikel lepas.

Seimbang antara Dunia dan Akhirat

Ada satu kisah menarik bagaimana seorang hamba Allah yang menebus mata wang akhirat dengan mata wang dunia, seperti direkodkan dalam Sahih Muslim.

Kisahnya seperti berikut:

“Seorang lelaki berjalan di tengah-tengah padang pasir. Tiba-tiba dia mendengar satu suara dari celahan awan. ‘Siramilah ke atas kebun si fulan.’

Lantas awan tersebut bergerak dan menurunkan hujan ke atas kawasan berbatu hitam. Lalu air mengalir melalui salah satu saliran dan lelaki itu mengikut saliran air itu hinggalah sampai ke sebuah kebun. Di dalamnya kelihatan seorang pekebun yang sedang mengubah aliran air dengan cangkulnya (supaya air mengalir masuk ke kebunnya).

“Wahai hamba Allah, apakah namamu?” Tanya lelaki itu kepada pekebun.

“Namaku si Fulan,” Jawab pekebun itu dengan nama yang didengari dari langit.

“Mengapakah tuan hamba bertanya tentang namaku?” Tanya pekebun itu kembali.

Pekebun itu menjawab: “Sesungguhnya aku mendengar satu suara di celahan awan. Suara itu mengarahkan supaya awan membawa hujan untuk dicurahkan air ke kebunmu. Apakah amalanmu?”

“Jika itulah sebagaimana yang dikatakan olehmu, maka aku akan ceritakan. Hasil kebunku ini, aku sedekahkan sepertiganya. Sepertiga lagi aku mengambilnya untuk diriku dan keluarga. Sementara sepertiga yang berbaki aku laburkan semula untuk tanamanku yang baru.”

Biasakan Yang Betul, Betulkan Yang Biasa

Surah al-Qosas, ayat 77 menyarankan para hamba untuk mencari pahala negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepada kita kita, TETAPI janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia.

Struktur ayat ini menarik. Ayat di atas menyebut akhirat dahulu, kemudian disusuli dengan dunia. Perbualan yang biasa kita dengar: “kerja sungguh-sungguh, ibadah jangan lupa.”

Jika berdasarkan ayat al-Quran di atas, struktur perbualan tersebut akan berubah kepada: “beribadah bersungguh-sungguh, kerja jangan lupa.”

Biasakan yang betul, betulkan yang biasa. Ini maksud tersirat dalam ayat al-Quran di atas.

Gambar: flickr (Marian Nedelcu)

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment