‘Paksa’ Zaman Moden

Pada 25 Oktober 2018, Astro Awani melaporkan Syarikat telekomunikasi gergasi Apple dan Samsung didenda berjuta Euro oleh pihak berkuasa Itali atas kesalahan memaksa orang ramai membeli produk terbaharu mereka.

Kedua-dua syarikat itu dengan sengaja tidak memberikan kemaskini sistem operasi pada produk lama mereka.

Samsung memberitahu pemilik telefon Note 4 untuk memasang versi baru sistem operasi Android Google yang dikhususkan untuk telefon model lebih baru, Note 7, tetapi ia mengakibatkan kelambatan sistem model lama itu.

Apple pula memberitahu pemilik iPhone 6 supaya memasang sistem operasi yang direka untuk iPhone 7, membawa kepada masalah bagi pemilik model lama itu.

(sumber: http://www.astroawani.com/berita-bisnes/apple-samsung-didenda-kerana-paksa-pelanggan-beli-produk-terbaharu-189195)

‘Paksa’ Zaman Moden

Dalam berita di atas, apa yang berlaku adalah satu bentuk ‘paksa’ zaman moden, dilakukan dengan cara yang halus dan ‘clean’.

Pengguna mungkin tidak menyedari ini adalah satu bentuk ‘paksaan’. Sebagai contoh, saya melihat beberapa orang pengguna yang menukar telefon bimbit model baru setiap kali mereka mengemas kini sistem operasi lama, atau setiap kali mereka ingin ‘keep up to date’ dengan produk kesayangan mereka.

Walaupun ada di antara mereka yang mampu, namun bentuk jualan seperti ini adalah tidak beretika. Syarikat seolah mengenepikan kepentingan pelanggan demi keuntungan perniagaan.

Saya percaya di era Malaysia Baharu dan zaman digital, pengguna boleh mengambil langkah bijak dan cakna seperti berbelanja ikut kemampuan. Jika mereka mengesan ada sesuatu yang tidak kena, terus lakukan aduan atau tindakan sewajarnya.

Ethical business model is the way forward

Bolehkah Jual Beli Secara Paksa?

Tidak boleh kerana sepakat ulama menyatakan reda amat penting dalam urusan kewangan. Dalam surah al-Nisa’ ayat 29, Allah berfirman:

Terjemahan: “Wahai orang yang beriman, janganlah kamu makan harta sesama kamu secara batil (salah) melainkan (hendaklah) kamu berada dalam perniagaan (jual beli) secara reda antara kamu.”

Namun boleh dalam beberapa keadaan seperti arahan pihak berkuasa supaya harta seseorang dijual (secara paksa) bagi melangsaikan hutangnya.

Wallahua’lam.

Hadi Rofiee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.