≡ Menu
Hadi Rofiee

Pelajar CINA di Kelas Bersiri Perbankan dan Kewangan Islam

Syukur.

Kelas bersiri yang lalu (iaitu siri kedua pada Julai 2013) telah berjaya menarik kehadiran seorang pelajar Cina; Teoh Hong Ken.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada beliau.

Apabila ditanya, mengapa beliau memilih untuk mengikuti kelas ini?

Jawab beliau, kerana mahu mempelajari dan memahami keistimewaan perbankan dan kewangan Islam.

Teoh

Kelas Bersiri Perbankan dan Kewangan Islam – Siri Ketiga, September 2013

Kelas Perbankan dan Kewangan Islam ini ialah anjuran bersama Kumpulan Perangsang Selangor Berhad dan Al Naqiy Islamic Solutions Sdn Bhd.

Tujuan utama Kelas Perbankan dan Kewangan Islam ini dianjurkan adalah untuk:

“membantu para pelajar memahami dunia kewangan dan perbankan Islam dengan lebih jelas dan tepat, dalam masa 1 bulan.”

RKRS September

Kelas ini diadakan pada hari Isnin, Rabu dan hujung minggu.

Bermula jam 9.30 pagi hingga 1 tengah hari.

Bertempat di tingkat 15, Plaza Perangsang, Persiaran Perbandaran, Shah Alam.

(Nota: kelas selesa, makan minum disediakan dan tempat parkir percuma)

Bagi yang berminat, layak dan dapat memberi komitmen, mohon SEGERA menghantar resume lengkap ke admin@alnaqiy.com atau rkrs@alnaqiy.com untuk kami sahkan pendaftaran.

PERHATIAN: Ini kelas yang terakhir! Jom heboh!

0 comments… add one

Leave a Comment