Seorang rakan telah berkongsi di facebook mengenai pelbagai kerenah yang dilihatnya sewaktu menaiki perkhidmatan awam (LRT) di Malaysia. Apa yang membuatkan beliau rasa terkilan adalah apabila terdapat sebilangan lelaki yang tidak memberi keutamaan tempat duduk kepada orang perempuan, orang tua ataupun kanak – kanak.

Di Syria
Perkongsian beliau membuatkan fikiran kembali mengimbau pengalaman pertama ketika berkunjung ke Syria beberapa tahun yang lalu. Adat di sana ketika menaiki perkhidmatan awam seperti bas, orang lelaki akan memberi keutamaan tempat duduk kepada orang perempuan sama ada muda atau tua. Kami (orang – orang Malaysia) juga terikut dengan cara itu. Bahkan pernah juga saya dan rakan – rakan memilih untuk berdiri walaupun ada kerusi kosong kerana sudah biasa.
Tamat kisah di Syria.
Di Mesir
Sewaktu singgah sebentar di Mesir pula, perkara yang sama juga berlaku. Ketika itu, saya, adik perempuan dan rakan – rakan sedang menunggu LRT untuk ke suatu tempat. Setibanya LRT, kami masuk dan keadaannya di dalamnya penuh sesak serta tiada kerusi kosong. Tiba – tiba sahaja beberapa orang pemuda arab bangun dan memberikan tempat duduk kepada adik perempuan dan 3 orang rakannya. Saya dan 2 orang rakan kagum melihat situasi itu. Seperti biasa, kami berdiri.
Tamat sudah kisah di Mesir.
Sekian sahaja untuk kali ini. Pendapat rakan semua pula?
{ 28 comments… read them below or add one }
seperti biasa..aku lebih suka berdiri dari duduk.. tapi kalau naik bas ekspress..memang aku duduk la. gila nak berdiri berjam-jam lamanya. hehe..
titan berkongsi tentang..Novel Fiksyen 302 yang kacak
hehe.. betul tu. Sapa yang sanggup diri memeng mantop.
Huhuhuhu… btul tu..tp bila kita kembali ke negara kita.. amalan itu seperti pelik di lakukan oleh orang ramai…kalo buat mesti ade yang mencebik…
Miss Amy berkongsi tentang..Jadikan Amalan, Bahagia Sehingga Akhirat..
Salam ziarah. Mungkin seseorang perlu lakukan “buah mula”.
Lelaki yang tidak memberi keutamaan pada mereka yang lebih patut duduk, sudah hilang ‘kejantanannya’.
ahmadyani berkongsi tentang..10 Wasiat Hassan al Banna Sebagai Azam Tahun Baru 2012
Oohh.. betul tu. He.
Ketika menaiki Emirates dari Dubai ke KLIA pernah 2 kali diminta alih tempat duduk oleh pramugara penerbangan kerana ada penumpang mahu duduk bersama ahli keluarga mereka. Saya tidak membantah lagi pun seorng diri tanpa teman.
akubiomed berkongsi tentang..Ops Ulat Buku Rawang ke 2
Contoh ikutan yang baik.
Assalamu`alaikum Hadi,
saya rasa bukan hanya kedua negara Arab itu sahaja yang memberi keutamaan kepada kanak-kanak, orang tua dan wanita semasa menaiki pengangkutan awam, bahkan negara eropah lain seperti UK (pengalaman sendiri) dan Rep. Czeh (seperti yang diceritakan oleh kawan saya yang menuntut di sana). Dan saya yakin banyak lagi negara yang mengamalkan cara sedemikian.
Cuma negara dunia ke-3 dan negara sedang membangun yang berfikiran sempit sahaja masih kekal dengan sikap sedemikian.
Namun saya percaya, kejadian di atas bukanlah bukti jelas masyarakat kita pentingkan diri. Kerana saya percaya terdapat ramai lagi yang lebih bertimbangrasa di luar sana tu.
Mama Murai berkongsi tentang..Give Away berbentuk insentif tunai untuk setiap traffik daripada anda
Wa’alaikumussalam cik puan.
Terima kasih kerana perkongsian pengalaman di beberapa buah negara lain.
Saya juga bersetuju dengan kenyataan bahawa “kejadian di atas bukanlah bukti jelas masyarakat kita pentingkan diri. Kerana saya percaya terdapat ramai lagi yang lebih bertimbangrasa di luar sana tu”. Alangkah indahnya menjadi orang yang bertimbangrasa itu.
Didoakan semoga kita berjaya dari segi IQ, EQ dan SQ.
Dah lama tak naik perkhidmatan awam ni.. Tengok keadaan la. Kalau perempuan mengandung atau warga emas elok kasi diorg duduk. tak lama lagi kita pun jadi warga emas gak..
zool berkongsi tentang..Keputusan perlawanan perseorangan badminton Korea – Lee Chong Wei kalahkan Lin dan
ha..tu mmg sllu di buat tapi klu org muda2 buat dek je rasa nak lompabg barnag kat muka dia..apalah nak jadi org pentingkan dri sndrikan..baik dok dlm utan jer heeee
suri berkongsi tentang..Homemade Bantal Musyuk
Mungkin perlukan lebih banyak kesedaran dalam kalangan mereka. Oh..
yang dahulu didahulukan.
dah jarang naik bas bila dah ada kereta nih..
levelsatu berkongsi tentang..Tahniah Ezani! Juara Masterchef Malaysia musim pertama.
sudah terbiasa.
bertuahlah malaysia nak lihat bgtu wanita di utamakan tdk mengira pangkat hee…asal org tua d berikan tmpt duudk tu mmg biasa tgk heeee
suri berkongsi tentang..Homemade Bantal Musyuk
Oh Malaysia!.
aku lbh ske diri kt tren. sbb mmng xpnh la dpt dduk =.=. klu rapid bas ske dduk. sbb mmng slllu dpt dduk. hahaha!
acapz berkongsi tentang..Konsep Menarik Windows Phone 7 Dengan Meego
2 situasi yang berbeza tu.
perkongsiaan yg menarik. Mmg diakui rakyat M’sia makin lama makin selfish.. satu budaya yg rasa bukan budaya asal penduduk negara ini kerana kita terkenal dgn sopan daan santun. wonder, mcm mana boleh jd begini?
Dulu Lain Sekarang Lain berkongsi tentang..Overworked!
Hmm.. mungkinkah ada faktor luaran?.
Fikir-fikir, ke mana perginya budi bahasa kita?
muhammad fakhruddin berkongsi tentang..Al-Fateh Alaf Baru
Terbang melayang. Hmm..
dulu, memang selalu gi sekolah naik bas.
ohcikgu berkongsi tentang..Semakan Penempatan Guru Baru atau Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS)
dapat harga pelajar.
Nampak orang laki kat sana memang “gentleman” la ya
shraqs berkongsi tentang..Stop SOPA
Namun begitu, ada juga yang tidak. Hmm.. Mungkin fitrah manusia.