Pendapatan yang Baik

Pendapatan yang BaikDalam Islam, perolehan dan pendapatan amat dititikberatkan.

Baginda Nabi pernah ditanya berkenaan perolehan yang baik lalu Baginda Nabi menjawab:

“Sebaik baik perolehan adalah dari hasil kerja tangan seseorang dan dari jual beli yang mabrur”.

(Hadits riwayat al-Bazzar dan disahihkan oleh al-Hakim rahimahumallah)

Maksud jual beli yang mabrur ialah transaksi jual beli yang tidak dicampuri dengan DOSA, dusta, penipuan, sumpah palsu dan sebagainya, sebaliknya terhimpun dalamnya (sesuatu yang mabrur) kejujuran, ketulusan dan keadilan.

Imam al-Qayyim rahimahullah menyatakan bahawa maksud al-birr (mabrur) adalah satu perkataan yang mencakupi semua jenis kebaikan dan kesempurnaan yang dituntut daripada seseorang, dan lawannya adalah al-ithmu (DOSA) iaitu perkataan yang mencakupi segala jenis keburukan, kehinaan dan seumpamanya. – (Taudhih al-Ahkam min Bulugh al-Maram, j. 3, h. 411-412.

* Artikel ini hasil nukilan Ahmad Al Naqiy

Kredit gambar: neithercorp.us

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *