≡ Menu

Pengalaman Awal Mengurus Riba Symposium 2014

Pengalaman Awal Mengurus Riba Symposium 2014“Hadi, boleh kamu hubungi semua penceramah dan dapatkan pengesahan mereka untuk memberi ceramah dalam Riba Symposium 2014?” puan Siti bertanya.

“Boleh” saya menjawab.

Maka bermulalah kisah perjalanan saya.

PENGALAMAN AWAL MENGURUS RIBA SYMPOSIUM 2014

Menghubungi penceramah merupakan satu tugas yang mencabar, tetapi seronok.

Mencabar dan seronok.

Bahagian yang mencabar ialah bagaimana hendak mendapatkan maklumat untuk menghubungi mereka. Ada maklumat yang senang dicari, ada yang perlukan sedikit kesungguhan.

Apabila maklumat sudah diperolehi, bahagian seterusnya yang mencabar ialah menghubungi mereka. Ada antara penceramah yang boleh dihubungi secara terus, ada yang perlu melalui perantaraan pembantu peribadi (PA).

Kedua-dua situasi di atas memang menyeronokkan.

Namun apa yang lebih menyeronokkan ialah apabila dapat bercakap secara terus dengan penceramah, lebih-lebih lagi jika dapat bersemuka kerana dapat menambah kenalan baru.

Teringat satu firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat, ayat 13:

Surah Al-Hujurat, Ayat 13

Maksudnya: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain)…”

GAGAL

Tidak semua penceramah memberi kata putus untuk hadir dalam Riba Symposium 2014. Ada yang menolak kerana sibuk. Ada yang menolak kerana tidak begitu mahir dalam bidang kewangan Islam dan ini menarik perhatian saya.

Saya memohon izin untuk mengungkapkan kembali kata-kata yang ditulis dalam artikel lalu bertajuk: Penjara Perbankan dan Kewangan Islam. Kata-kata itu berbunyi:

“Tabiat orang yang berilmu apabila tidak tahu, dia akan menjawab tidak tahu. Begitu amanahnya mereka kepada ilmu. Bimbang tersilap menyampaikan maklumat yang salah.”

Saya menerima kegagalan memujuk penceramah tersebut dengan hati yang terbuka. Sungguhpun begitu, saya bersyukur dan berpuas hati kerana dapat menghubungi beliau, berjumpa dan bersemuka dengan beliau.

9 PENCERAMAH

Alhamdulillah, pada 23 Februari 2014 jam 8.34 malam, penceramah terakhir yang dihubungi mengesahkan untuk hadir mengisi ninespeakersinribasymposiumslot dalam Riba Symposium 2014.

Lengkap 9 penceramah untuk program satu hari satu malam ini. 6 penceramah tempatan, sementara 3 lagi penceramah antarabangsa yang menetap di Malaysia. Mereka pakar dalam pelbagai bidang; syariat Islam, perbankan Islam dan motivasi

Saya sangat teruja! Hanya Allah yang tahu bagaimana rasa puasnya hati saya.

Saya seperti mahu naik di atas gunung yang paling tinggi dan menjerit: “YEAH!!!!!”

Riba Symposium 2014 – Are You INTERESTed?

Gambar: google image.

{ 1 comment… add one }

Leave a Comment