≡ Menu

Penipuan Jualan Rumah

Baru-baru ini kecoh mengenai penipuan jualan rumah murah. Pembeli melakukan bayaran dengan janji akan mendapat rumah. Namun akhirnya, rumah yang dijanjikan hanya tinggal janji. Apa hukum melakukan urusan seperti ini?

Menipu dalam urusan jual beli adalah dilarang. Ia boleh menyebabkan berlaku pertelingkahan antara penjual dan pembeli rumah. Dalam hadis riwayat Imam Muslim, daripada Abu Hurairah, Nabi melarang mengurus perniagaan dengan gharar (ketidakpastian atau penipuan).

Kita tidak boleh menjual barang yang kita tidak miliki. Hakim bin Hizam berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah: Seorang lelaki datang kepadaku dan dia meminta kepadaku suatu barang yang belum saya miliki, apakah saya boleh membeli di pasar, kemudian saya menjualnya? Rasulullah bersabda: jangan kamu menjual sesuatu yang tidak kamu miliki (Hadis riwayat Nasa’i, Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah).

Maksudnya barangan jualan mesti dimiliki dan mampu diserah oleh penjual kepada pembeli. Ini adalah antara syarat utama dalam jual beli.

Sebagai ahli perniagaan, ada dua karakter penting yang mesti dititik beratkan apabila berurus niaga iaitu al-qawiyy (cekap dan mahir) dan al-amin (integriti). Ini berdasarkan ayat al-Quran tentang Nabi Musa yang menolong dua orang perempuan mendapatkan air dari perigi. Akhirnya, ayah kepada dua orang perempuan tersebut mengambil baginda bekerja.

Ayat al-Quran tersebut berbunyi:

Terjemahan: “Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayah, ambillah dia menjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah”. (Surah al-Qosas 28:26)

Artikel ini ingin menekankan karakter kedua iaitu integriti. Cukuplah Rasulullah sebagai contoh tauladan. Baginda mendapat gelaran al-amin kerana keunggulan peribadi yang dimiliki.

Wallahua’lam.

Gambar: flickr (susan richardson)

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Next post:

Previous post: