≡ Menu

Peringkat Kedua Pengharaman Riba

coinsArtikel ini merupakan sambungan daripada artikel yang lalu: Peringkat Pertama Pengharaman Riba.

Sepertimana yang lalu, artikel ini juga dipetik dari laman sosial facebook Al Naqiy Islamic Solutions Sdn Bhd (dengan sedikit suntingan).

Peringkat Kedua Pengharaman Riba

Allah s.w.t. berfirman dalam surah an-Nisa’, ayat 160-161:

Maka disebabkan kezaliman yang amat besar dari perbuatan orang-orang Yahudi, Kami haramkan atas mereka makanan yang baik-baik yang pernah dihalalkan bagi mereka, dan disebabkan mereka banyak menghalang manusia dari jalan Allah.

Dan juga (disebabkan) mereka mengambil riba padahal mereka telah dilarang melakukannya, dan (disebabkan) mereka memakan harta orang dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya). Dan (ingatlah) Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang kafir di antara mereka, azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Ayat di atas menerangkan kaitan antara amalan riba dengan kaum Yahudi. Amalan ini dilihat sebagai satu amalan yang zalim dan mereka yang mengamalkannya akan menerima nasib yang sama dengan orang-orang Yahudi.

Ayat ini tidak menyebut larangan riba, tetapi hanya memberi sangkaan akan munculnya larangan riba.

Wallahua’lam.

Foto: blog.credit.com

{ 2 comments… add one }

Leave a Comment