≡ Menu
Hadi Rofiee

Peringkat Keempat Pengharaman Riba

Usury is Prohibited in IslamArtikel bertajuk Peringkat Keempat Pengharaman Riba ini merupakan artikel yang terakhir dalam siri pengharaman riba.

Sebelum ini, peringkat pertama, kedua dan ketiga pengharaman riba telah dikongsikan.

Secara ringkasnya, ketiga-tiga peringkat tersebut dapat dirumuskan sebagaimana dalam rajah di bawah:

Ulangkaji 3 Peringkat Pengharaman Riba

4 Peringkat Pengharaman Riba

Peringkat Keempat Pengharaman Riba

Larangan riba pada peringkat keempat dan terakhir dinyatakan dalam bentuk yang kukuh dan tegas.

Bentuk Kukuh:

Dalam bentuk yang kukuh, ayat al-Quran menyatakan bahawa jual beli dan riba tidak sama. Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Baqarah, ayat 275:

Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba

Maksudnya:

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba”. Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba

Bentuk Tegas:

Dalam surah yang sama, ayat 279, Allah s.w.t. berfirman:

Makan Riba seperti Perang Allah

Maksudnya:

Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat)…

Mudah-mudahan Allah s.w.t. membimbing kita semua. Amin.

Foto: mio.co.za

2 comments… add one

Leave a Comment