Peringkat Pertama Pengharaman Riba

Usury is ProhibitedArtikel ini dipetik dari laman sosial facebook Al Naqiy Islamic Solutions Sdn Bhd (dengan sedikit suntingan):

4 Peringkat Pengharaman Riba

Pengharaman riba diceritakan dalam al-Quran secara beransur-ansur melalui empat peringkat:

Peringkat Pertama

Daripada surah Ar-Rum, ayat 39:

“Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan). Dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda.”

Ayat di atas menerangkan berkenaan perbezaan riba dan sedekah, di mana tambahan yang diambil daripada hasil riba tidak akan menambahkan harta atau kekayaan seseorang. Sebaliknya Allah s.w.t. akan mencurahkan rezeki kepada para hamba yang bersedekah semata-mata mengharapkan keredaanNya.

Bukankah Allah yang mengatur dan menetapkan rezeki? Dan bukankah Allah yang berkuasa memberi rezeki dan menghalangnya?

Dapat disimpulkan bahawa larangan riba pada peringkat ini menggunakan pendekatan pujukan atau sentuhan emosi.

Peringkat Seterusnya

Peringkat kedua, ketiga dan keempat akan menyusul kemudian!

Foto: islamicity.com.

3 comments… add one

Leave a Comment