≡ Menu

Coretan Tahun Baru Cina: Pisang Hilang, Dicuri Orang

Ketika pulang bercuti sempena Tahun Baru Cina, emak memberitahu pisang jiran yang dicuri.

Kata emak: “pisang tu, kalau masak ja mesti hilang. Ada orang curi tengah malam.”

Ayah pula menambah: “pisang ni macam cashflow, senang buat duit. Sebab tu orang curi.”

Saya terpandang pisang di atas meja makan. Saya bertanya: “siapa beri pisang ini?”

Emak menjawab: “ambil dari pokok jiran. Jiran beritahu, kalau pisang masak, ambil ja. Kalau tak ambil nanti, orang lain ambil (curi).”

Sampai begitu sekali.

Saya bertanya bagi mendapatkan kepastian: “syak orang luar ka dalam?”

Ayah menjawab: “orang dalam.”

“Ohh..pasang jeratlah.” Saya mencadang (dalam nada gurau).

“Nak pasang jerat apa?” Emak bertanya seakan berminat nak tahu.

Perbualan terhenti di situ.

Ironinya, rumah kami di dalam kampung yang dihuni oleh Melayu yang beragama Islam.

Di manakah silapnya?

Sedangkan pada Jumaat sebelum itu, isi khutbah berkisar tentang harta berkat. Pesan khatib, harta berkat adalah harta yang dapat secara halal dan belanja secara halal.

Saya terdetik, perlukah diadakah satu perkongsian khas secara berkala tentang fiqah muamalat? Seperti hukum mengambil hak orang, hukum menjual barang yang bukan hak milik dan sebagainya.

Jarang-jarang kuliah di kampung yang memberi fokus dalam bab ini.

Moga Allah membantu.

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.