Prinsip Pelaburan Saidina Umar

diversifyyourportfolio

Saidina Umar dari dulu telah memberikan kaedah pelaburan agar tidak meletakkan pelaburan di dalam satu portfolio sahaja (selalu dinyatakan: “Don’t put all your eggs in one basket”. Saidina Umar al-Khattab berkata:

اجعلوا الرأس رأسين، و فرقوا عن المنية، ولا تلثوا بدار معجزة
المصنف لابن أبي شيبة، الفائق للزمخشري، النهاية لابن الأثير، المغرب للمطرزي.

Terjemahannya (lebih kurang): “Jadikan satu kepala kepada dua. (Contohnya 1; Jangan beli satu haiwan dengan harga yang mahal, tetapi gunakan modal yang sama untuk membeli dua haiwan yang mungkin berharga sederhana, jadi kalau mati seekor, kita masih ada lagi seekor dan 2; jangan hanya masuk dalam satu bisnes dan meletakkan semua modal di situ, sebaliknya masuk dalam dua bisnes dengan menjadikan dua modal di dalam dua bisnes, jadi kalau satu rugi, yang satu lagi mungkin boleh mendapat untung), pisahkan harta-harta kamu dan janganlah tetap di satu tempat dan menjadi lemah (maksudnya: bertebaranlah di muka bumi, sama ada merantau mencari rezeki, atau laburkan modal di dalam pelbagai pasaran, jangan hanya tetap di satu tempat. Jika tempat tersebut gagal, kita masih ada bisnes di tempat lain).”

Attention: Di dalam kurungan adalah penjelasan saya kepada kalam Saidina Umar.

– Dr. Aznan Hasan

0 comments… add one

Leave a Comment