≡ Menu

‘Reality Check’ Pelaburan Saham

Labur, Jangan Lebur!

Memang seronok dengar cerita buat duit dengan saham. Boleh jadi kaya. Tidak perlu pergi kerja. ‘Main’ saham dan dapat duit sambil goyang kaki di rumah.

‘Main’ saham seolah bermain-main dengan duit. Penggunaan yang tepat adalah labur saham. Jika duit yang kita perolehi bukan ‘hard-earned money’, maka bolehlah hendak ‘main’ saham.

Apabila cara pandang kita terhadap duit betul, cara labur kita juga berubah. RM1 pun kita berkira. Guru saya pernah sebut: “cuba kau jalan dalam shopping mall, ada tak orang nak bagi RM1?

Labur, jangan lebur!

‘Reality Check’ Pelaburan Saham

Bukan semua indah seperti yang digambarkan. Saya suka menyentuh aspek yang ‘menakutkan’ dalam pelaburan saham, supaya kita sentiasa bersedia.

Pelaburan saham berada dalam kategori ‘high risk, high return’. Boleh buat duit, boleh juga rugi jatuh terduduk. Bahagian kedua ini jarang orang hendak bercerita dalam seminar. Nanti tidak ramai yang hadir. 🙂

Ini bukan senarai yang lengkap, namun harap sedikit sebanyak dapat memberi gambaran awal realiti pelaburan saham:

#No. 1 – Reality Check: Modal

Ramai yang berpesan, labur modal yang kita sanggup hangus. Berapa? Terpulang kepada risiko masing-masing. Jika rugi RM500, kita masih dapat tidur dengan nyenyak, maka itu modal yang kita sanggup hangus.

Ini nasihat yang bagus!

#No. 2 – Reality Check: Kos

Pelaburan saham ada kos. Beli, ada kos. Jual pun ada kos. Contoh kos seperti yuran bokeraj, duti setem dan bayaran pelepasan (clearance fee).

Kita boleh atasi semua ini dengan untung. Kaut untung banyak-banyak. Sekarang zaman teknologi. Banyak teknologi yang boleh membantu kita untuk buat keputusan. Mungkin ada yang berkata demikian.

Betul! Tetapi hendak dapat akses kepada teknologi tersebut juga perlukan kos. Ada yang kenakan bayaran mengikut pelan yang ditawarkan sama ada secara bulanan atau tahunan.

Zaman sekarang, semua benda ada caj. 🙂

#No. 3 – Reality Check: ‘Investor’ atau ‘Trader’?

Ini istilah yang biasa diguna pakai dalam dunia pelaburan saham. Hendak jadi ‘investor’ atau ‘trader’?

Setakat maksud yang saya dengar, ‘trader’ adalah mereka yang melabur dalam jangka masa pendek. Sementara ‘investor’ pula jangka masa panjang.

Bagaimana pula dengan mereka yang melabur dalam jangka masa sederhana? Saya letak mereka dalam kategori ‘investor’.

Kita boleh pilih hendak jadi ‘investor’ atau ‘trader’. Jika jadi ‘investor’, kita tenang apabila harga saham berubah-ubah. Kita melabur, bukan berdagang (trade).

‘Trader’ pula akan memantau pergerakan harga dengan kerap, boleh jadi setiap jam, minit atau saat, supaya tidak terlepas peluang untuk beli saham dengan harga murah dan jual dengan harga untung.

Kadangkala tidak boleh berganjak dari komputer, atau terpaksa membawa telefon bimbit ke mana-mana.

Guru Kewangan Islam saya lebih menyukai cara ‘investor’.

#No. 4 – Reality Check: ‘Cut Loss’

Ringkasnya adalah menjual saham dalam keadaan rugi, bagi mengelak kerugian yang lebih besar.

‘Investor’ atau ‘trader’ mesti ada ‘cut loss’.

#No. 5 – Reality Check: Hendak Beli Saham Apa dan Bila?

Kena buat ‘homework’. Rahsianya adalah ilmu. Ilmu pelaburan saham penting.

Saya tidak boleh meramal masa depan. Ya, mungkin teknologi dapat membantu dan ia akan berbalik kepada kos.

Tertib Urus Duit

Sekarang kita sudah bersedia untuk melabur. Namun sebelum itu, kita perlu mengurus duit mengikut keutamaan.

Tuan Haji Mohd Asri Ahmad (THMA) dalam perkongsian ilmu di Bank Islam pada 28 Ogos 2019 berkongsi Tertib Urus Duit, iaitu:

  1. Creation – buat duit seperti bekerja dan berniaga.
  2. Management – urus duit dan atur perbelanjaan.
  3. Protection – lindung diri kita dan sumber pendapatan, contoh dengan melanggan takaful.
  4. Investment – tertib ke-4 barulah datang pelaburan.
  5. Distribution – memberi contoh melalui sedekah dan zakat.

Bagi saya, tertib urus duit ini PENTING sebelum melabur saham. Guru saya pernah berpesan: “having no position is a position”.

Saya akan memastikan tertib no. 1, 2 dan 3 tercapai dahulu sebelum terjun kembali ke dunia saham. Buat masa sekarang, saya seronok memantau aktiviti dagangan saham secara dekat. 🙂

Akhir sekali, saya mengalu-alukan penyertaan lebih ramai rakan-rakan dalam pelaburan saham. Dengan ilmu yang betul, insyaAllah boleh berjaya, ameen.

0 comments… add one

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous post: