≡ Menu

Sadaqa House: Sedekah Berstruktur

Sadaqa House

Allah berfirman di dalam al-Quran:

Terjemahan: “Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya.”

Surah al-Baqarah, ayat 276

Apabila dihayati ayat di atas, kita dapat bahagi kepada dua:

  1. Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba; dan
  2. Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya

Bahagian pertama adalah tentang saranan menjauhi riba. Sementara bahagian kedua pula tentang sedekah dan zakat.

Bahagian Pertama – Perbankan Islam & Saranan Menjauhi Riba

Menurut laman sesawang Bank Negara Malaysia, industri kewangan Islam di Malaysia telah wujud lebih daripada 30 tahun. Penguatkuasaan Akta Bank Islam 1983 membolehkan Bank Islam yang pertama ditubuhkan di negara ini dan seterusnya, dengan liberalisasi sistem kewangan Islam, lebih banyak institusi kewangan Islam telah ditubuhkan.

Dalam perbankan Islam, undang-undang Islam yang juga dikenali sebagai undang-undang Syariah wajib dipatuhi. Kegiatan yang melibatkan faedah (riba), perjudian (maisir) dan urus niaga spekulatif (gharar) adalah dilarang. Langkah ini sebagai satu usaha bagi mencapai maksud bahagian pertama dalam ayat al-Quran di atas.

Bahagian Kedua – Berkat Harta dengan Sedekah & Zakat

Bagaimana pula dengan bahagian kedua?

Di Malaysia, kita mempunyai pusat zakat yang mengurus urusan berkaitan zakat di negeri masing-masing. Sebagai contoh, Pusat Pungutan Zakat-MAIWP, Lembaga Zakat Selangor, Lembaga Zakat Kedah dan lain-lain.

Tanggungjawab orang Islam selain membayar zakat, adalah memastikan institusi-institusi ini utuh dan teguh berdiri demi kepentingan ummah.

Itu tentang zakat.

Sadaqa House Bank Islam

Sadaqa House: Sedekah Berstruktur

Agak menarik jika sedekah juga dapat distrukturkan. Maksudnya sedekah diurus tadbir dengan baik sepertimana perbankan Islam diurus. Idea ini jika direalisasikan akan dapat memberi lebih makna dan penghayatan kepada bahagian kedua dalam ayat di atas.

“Dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya.”

Surah al-Baqarah, ayat 276

Contoh seperti pelancaran Sadaqa House Bank Islam pada 19 Januari 2018 sebagai satu inisiatif kewangan sosial.

Apa itu Sadaqa House Bank Islam?

Ringkasnya, Sadaqa House Bank Islam merupakan sebuah platform sumbangan ramai yang diuruskan oleh Bank Islam. Anda boleh menggunakan beberapa saluran yang disediakan bagi menyalurkan dana kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk menjalankan projek bagi meningkatkan taraf kehidupan golongan yang memerlukan.

Saya akhiri dengan video penerangan Sadaqa House – Bank Islam Malaysia Berhad di bawah:

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.