Sejarah Ringkas Perbankan Islam

Islamic BankingArtikel ini dipetik dari status laman sosial facebook Muamalat 101 (facebook.com/mnazric), yang ditulis pada 29 September 2013, jam 6.43 petang.

SEJARAH RINGKAS PERBANKAN ISLAM

Perniagaan perbankan telah mula wujud dalam era awal Renaissance Italy dan bank yang paling popular ialah Medici Bank yang diwujudkan oleh Giovanni Medici pada 1397.

Manakala dalam tamadun Islam, pemikiran “perbankan Islam / Syariah” hanya bermula pada awal 1900-an iaitu selepas pembinaan terusan Suez yang sebahagiannya didanai oleh institusi perbankan konvensional. Institusi perbankan Islam pertama ditubuhkan oleh Ahmad El-Naggar di Mit Ghamr, Mesir (1963-1967) berasaskan model bank simpanan di Jerman.

Manakala, bank Islam komersial pertama, Dubai Islamic Bank ditubuhkan oleh keluarga Lootah di Dubai dan memulakan operasinya pada 1975, diikuti dengan Kuwait Finance House di Kuwait pada tahun 1977.

Perniagaan perbankan telah bermula di Malaysia sejak 1875 apabila Chartered Merchantile Bank of London, India and China (sekarang Standard Chartered Bank Berhad) membuka cawangan di Downing Street, Pulau Pinang. Hanya 108 tahun kemudian iaitu pada tahun 1983, perniagaan perbankan Islam bermula di Malaysia dengan penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad.

Setelah 30 tahun, sistem perbankan Islam (SPI) berkembang pesat melalui langkah-langkah yang dilakukan kerajaan dan sokongan pengguna termasuk rasionalisasi pelesenan bank dengan pengeluaran lesen untuk institusi-institusi perbankan luar negara seperti Al-Rajhi Bank, Kuwait Finance House dan Asian Finance Bank dan pemberian lesen kepada anak-anak syarikat bank-bank konvensional seperti Maybank Islamic Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad. Sehingga 2013, lebih 25 institusi menawarkan perkhidmatan perbankan Islam di Malaysia.

Gambar: Google Image.

0 comments… add one

Leave a Comment