Sembang-Sembang Perbankan Islam

Alhamdulillah, satu status mengenai riba di facebook Hadi Rofiee mendapat maklum balas daripada seorang kenalan. Status itu seperti dalam rajah di bawah:

Say No Riba

Maklum balas yang diperolehi pula ialah:

“Is ‘Riba’ merely about method? Loan Vs. trade, or ‘burdsensome’/difficulties/fair’ to all parties especially the borrower?”

Saya meminta penjelasan lanjut daripada beliau. Beliau menambah:

“Mengenai ayat-ayat ‘Riba’ dalam Quran.”

“Apabila seseorang mahu meminjam wang dan satu pihak bank atau individu yang mahu untuk beri pinjaman.”

“Dengan ayat Riba, apakah kita cuma concern/titik berat mengenai ‘cara/method’, iaitu cuma ‘menghalalkan ‘CARA/Method’. Tukar method/cara dari transaksi pinjam kepada transaksi jual beli.”

Jawapan yang mampu saya berikan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang masih cetek adalah seperti berikut:

“Baik. Saya faham. Persoalan ini telah banyak dibincangkan oleh ramai ilmuwan. Mereka memikirkan cara untuk mencari jalan keluar daripada riba.”

“Oleh kerana banyak kekangan, mereka ‘terpaksa’ menggunakan helah. Helah yang dimaksudkan di sini ialah helah yang dibenarkan. Bahkan para pengkaji International Shari’ah Research Academy for Islamic Finance (ISRA) juga telah melakukan kajian mengenai persoalan helah ini.”

Saya menambah lagi:

“Asas utama kepada amalan ini ialah ayat al-Quran yang menyebut: Allah menghalalkan jual-beli dan mengharamkan riba. Kedua-duanya nampak sama, tetapi berbeza. Seperti perkahwinan dan zina. Allahua’lam. Itu sedikit sebanyak pendapat saya yang cetek ilmu ini.”

“Namun begitu, terdapat beberapa orang  ilmuwan yang mempersoalkan helah ini. Ujar mereka, sampai bila kita hendak guna helah ini? Persoalan ini menarik untuk difikirkan. Mungkin boleh dibuat kajian lanjut.”

Selepas itu, kenalan itu memberi maklum balas:

“Bagi saya, mesej Allah dalam al-Quran menegnai Riba, BUKAN semata-mata ‘menghalalkan cara’ seperti ‘nikah dan zina’, tetapi lebih kepada objektif untuk tidak berlaku ‘penganiayaan’, untuk kita berlaku TELUS antara pihak terlibat, bagi keadilan dan kebaikan semua.”

Saya mengiyakan respon beliau itu. Saya juga berpandangan bahawa perbankan Islam boleh menambah baik lagi aspek ETIKA supaya masyarakat awam merasakan mereka mendapat ‘rahmat’ daripada industri perbankan Islam.

Akhir sekali, saya mengajak beliau untuk sama-sama berdoa mudah-mudahan industri perbankan Islam menjadi ‘good – better dan best’. Insya-Allah.

Allah merahmati beliau. Amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *