≡ Menu

Semua Bahagian Saya Untuk Abang

Dalam satu kuliah faraid, seorang Ustaz menceritakan satu kisah yang menyentuh hati. Kisah benar. Seorang ayah meninggal dunia (emak telah lama meninggal dunia). Dia meninggalkan dua orang anak; abang sulung dan adik perempuan, dan wang sebanyak contoh RM100k.

Dalam permasalahan ini, anak lelaki akan mendapat 2 bahagian dan perempuan 1 bahagian. Abang sulung hendak membahagi harta sama rata. Tetapi adik perempuan tidak bersetuju.

Para jemaah yang mengikuti kuliah berasa hairan, kenapa dia tidak mahu, sedangkan dia akan mendapat lebih, melebihi bahagian asal.

Apabila abang sulung bertanya, adik perempuan menjawab: “saya sudah mempunyai suami. Bahkan jika boleh, saya hendak memberikan kesemua bahagian saya kepada abang, kerana abang telah menjaga saya sejak dari kecil sehingga saya besar.” Mengalir air mata abang.

Wallahua’lam.

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment